Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, April 2, 2018

PENGERUSI PPBM PERAK RAYU DAP, JANGAN LETAK CALON MELAYU DI KERUSI YANG DITANDINGI KALAU MAHU MENANG!!!



PPBM yang diterajui oleh Mahathir terus bergelut untuk mendapatkan takhta DOMINAN agar memberikan persepsi khususnya kepada kalangan pengundi-pengundi Melayu-Bumiputera, parti tersebut mampu menjaga kepentingan Melayu-Bumiputera dan umat Islam di negara ini jikalau Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya dari Barisan UMNO-BN.

Parti tersebut masih berusaha untuk mendabik dada yang mereka mampu menguasai dan mengawal DAP yang semakin hari semakin menunjukkan taring dan belang sebenar. 

27 Mac lalu, Pengerusi Pakatan Harapan Perak yang juga  merupakan Pengerusi PPBM Perak, Ahmad Faizal Azumu terpaksa merayu kepada DAP supaya tidak meletakkan calon-calon Melayu mereka di mana-mana kerusi DUN Perak. DAP bagaimanapun, membidas rayuan Ahmad Faizal Azumu dan menyifatkannya sebagai BUTA KAYU kerana tidak tahu yang DAP adalah parti berbilang kaum walaupun didominasi sepenuhnya oleh Cina. (RUJUK SINI)

Kata Ahmad Faizal, kalau DAP mahu menang, dan kalau mahu undi Melayu, mereka tidak boleh meletakkan calon Melayu di mana-mana kerusi DUN kerana ia akan memberikan isyarat kepada pengundi-pengundi Melayu Perak bahawa DAP mahu mengetuai Kerajaan Negeri. 

Pada PRU tahun 2008, DAP tidak berpuas hati apabila Ngeh Kor Ham tidak boleh dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas kejayaan Pakatan mengalahkan UMNO-BN. Selama dua minggu, Perak tidak mempunyai Menteri Besar selepas keputusan PRU-12 diumumkan. 


Akhirnya, Nizar Jamaluddin dari PAS waktu itu telah diangkat sebagai Menteri Besar Perak. PAS hanya menang 6 kerusi DUN dan merupakan pemilik paling minoriti dalam gabungan Pakatan. Agak menarik apabila Nizar sekadar menjadi Menteri Besar boneka memandangkan semua keputusannya diputuskan oleh Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming, malahan jawatan Exco terutama yang lebih kanan selain Ahli Majlis PBT, dibolot oleh DAP.

Antara hasil pentadbiran Perak di bawah DAP yang paling menarik ialah, perubahan status tanah pajakan Kampung Baru dari 99 tahun kepada 999 tahun serta pembolotan pelbagai projek termasuklah pembuatan sut pakaian yang mendedahkan pembabitan Nga Kor Ming dan isterinya.

Apa yang disuarakan oleh Ahmad Faizal itu sebenarnya tidak terhad di Perak sahaja. Paling ketara kini adalah Johor. Johor merupakan negeri yang menjadi sasaran DAP apabila dijangkakan, DAP akan menghantar pemimpin-pemimpin lima bintangnya untuk bertanding di Johor dalam usaha menawan negeri itu dan menukar negeri Melayu itu menjadi negeri Cina yang berjiran dengan Singapura!

Kekukuhan ekonomi Johor menarik perhatian DAP. DAP sememangnya mengharapkan kekayaan negeri Johor akan menambahkan lagi kekayaan mereka sepertimana yang mereka lakukan di Pulau Pinang dan Selangor. 


Pada PRU-13 lalu, DAP muncul sebagai pemenang terbesar antara semua parti pembangkang bagi kerusi DUN Johor. DAP berjaya menawan 13 kerusi. Dengan pengumumkan Pengerusi DAP Johor merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dalam Konvensyen DAP Johor pada 11 Oktober 2013 bahawa DAP perlu melengkapkan diri sebagai bakal pewaris Kerajaan Johor, gerakan besar-besaran yang dilakukan oleh DAP menunjukkan tiada sesiapa pun yang dapat menghalang mereka, terutama sekali PPBM, PAN dan PKR. 

13 calon DUN DAP pada PRU-13 lalu, mencapai kemenangan dan kesemua mereka adalah Bukan Melayu, sekaligus bukan juga Melayu-Islam. Ini bermakna tiada seorang pun yang layak untuk dilantik menjadi Menteri Besar Johor memandangkan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor hanya melantik Melayu-Islam sebagai Menteri Besar Johor. 

12 daripada 13 ADUN DAP Johor berbangsa Cina. Mereka adalah ADUN N2 Jementah Tan Chen Choon, ADUN N6 Bekok Lim Eng Guan, ADUN N10 Tangkak, Ee Chin Li; ADUN N12 Bentayan, Chua Wee Beng; ADUN N19 Yong Peng, Chew Peck Choo; ADUN  N23 Penggaram, Gan Peck Cheng; ADUN N28 Mengkibol, Tan Hong Pin; ADUN N42 Johor Jaya, Liow Cai Tung; ADUN N45 Stulang, Chen Kah Eng; ADUN N46 Pengkalan Rinting, Cheo Yee How; ADUN N48 Skudai, Boo Cheng Hau; ADUN N52 Senai, Wong Shu Qi; dan ADUN N55 Pekan Nenas, Yeo Tung Siong.

Manakala seorang daripada 13 ADUN DAP Johor pula berbangsa India iaitu ADUN N30 Paloh Shanker a/l Rengganathan. 


Untuk mengatasi masalah tersebut bagi persediaan DAP mengambilalih Johor, Sheikh Omar Ali, seorang Melayu bekas Ahli PAS yang menyertai DAP pada 20 Jun 2015 telah diberikan jawatan Pegawai Khas kepada Pengerusi DAP Johor dan akan dilantik sebagai calon DAP untuk DUN N30.

Sekaligus memberikan isyarat kepada pengundi-pengundi Melayu Johor sepertimana yang diikrarkan oleh Liew Chin Tong pada 11 Oktober 2013 bahawa DAP mahu mengetuai Kerajaan Negeri Johor dengan Sheikh Omar Ali sebagai calon Menteri Besar Johor mewakili DAP. 

Dalam wawancaranya bersama-sama lidah rasmi DAP, ROKET KINI pada 8 September 2015, Sheikh Ali mengeluarkan 'fatwa yang sangat menarik' membabitkan agama Islam. 

Katanya, "Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya." (RUJUK SINI)

Dengan kata lain, Islam tidak penting kerana Islam itu hanyalah agama persendirian. Justeru, tidak seharusnya Islam menjadi syarat kepada penubuhan sebuah kerajaan atau perlunya wujud untuk menangani sahsiah dan kemaslahatan sebagai sebuah organisasi. 



1 comment:

Anonymous said...

Katanya telah ada sepakatan dalam Pakatan Harapan. Tetapi kena rayu merayu ni pulak apa hal. Atau ada parti yang last minute buat keputusan sendiri tanpa merujuk PH. Lain kali kena ingat. Jika berurusan dengan parti Cina yang satu ni kena hati-hati. Satu yang dia kata sepuluh yang tak boleh dipercayai. Dia hanya mahu yang untung (menang) sahaja. Rugi (kalah) kalu boleh kasi sama lain punya parti. Parti inilah yang akan menguasai PH ini dari belakang tabir seperti di Perak dahulu dan juga di Selangor.

 
Blogger Templates