Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, April 14, 2018

BUKAN GST, BUKAN 1MDB PUNCA KENAIKAN KOS SARA HIDUP TETAPI DASAR KERAJAAN PAKATAN YANG MENAIKKAN SEGALA YURAN DAN CUKAI!!!




1. Keadaan ekonomi negeri Selangor telah merosot sejak Pakatan mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2008. Selangor yang merupakan destinasi pelabur nombor satu di Malaysia semasa Barisan Nasional (BN) memerintah, kini jatuh ke tangga ke-empat di belakang Johor dan Sarawak.

2. Sejak Pakatan mengambil alih Selangor, pertumbuhan ekonomi dan perniagaan semakin perlahan. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dalam pembentangan bajet negeri di Dewan Undangan Negeri Selangor tahun lepas telah mengakui bahawa keadaan ekonomi di Selangor adalah lembab. Beliau telah menyalahkan keadaan ekonomi yang lembab ini yang menyebabkan penurunan jangkaan perolehan premium tanah, cukai pintu dan caj perniagaan.

3. Apa yang beliau tidak faham ialah dasar-dasar ekonomi beliau dan kenaikan cukai-cukai kerajaan Pakatan lah yang sebenarnya menjadi punca kelembapan dan kemerosotan ekonomi Selangor dan menyebabkan para pelabur lari dan tidak berminat untuk melabur di Selangor.

4. Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada 2008, kos untuk menjalankan perniagaan di Selangor telah meningkat dengan ketara. Kerajaan Pakatan telah menaikkan yuran bagi 90 jenis lesen perniagaan di Selangor. Malah, yuran lesen baharu perniagaan di Selangor telah meningkat sehingga 300 peratus.

5. Di bawah kerajaan Pakatan juga, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menaikkan yuran lesen perniagaan sehingga 72 peratus manakala Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sehingga 120 peratus.

6. Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut sama menaikkan yuran perniagaan baru-baru ini. Sebagai contoh, MPKj telah menaikkan lesen baharu bagi kedai menjual kereta terpakai sehingga 282 peratus, daripada RM390 ketika pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada RM1,490 selepas Pakatan mengambil alih.

7. Kerajaan tempatan di bawah Pakatan turut mengenakan yuran ke atas 32 jenis premis perniagaan yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional. Mereka juga telah meningkatkan kadar taksiran ke atas rumah orang-orang tua, kediaman bagi orang kurang upaya dan pusat jagaan kanak-kanak.

8. Kemudahan asas juga tidak terkecuali. Sumbangan yuran tempat letak kereta di Selangor telah dinaikkan dengan ketara berbanding semasa kerajaan BN memerintah.

9. Cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan negeri Pakatan ini telah telah mengakibatkan kenaikan kos untuk menjalankan perniagaan di Selangor. Ini telah menekan peniaga terutama peniaga-peniaga kecil yang seterusnya terpaksa menaikkan harga barangan kepada pengguna. Berdasarkan data Index Harga Pengguna oleh Jabatan Statistik, kenaikan kos dan harga barangan di Selangor ini telah berlaku dengan ketara sejak tahun 2008, tujuh tahun sebelum perlaksanaan GST.

10. Menurut Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), memang wujud perbezaan harga barangan di antara negeri akibat kos menjalankan perniagaan yang berbeza di setiap negeri. Contohnya, di negeri-negeri lain termasuk Kuala Lumpur harga purata bagi sebungkus bawang adalah RM4.15 sekilogram, namun di Selangor harga puratanya adalah RM4.70 sekilogram, iaitu 55 sen lebih tinggi.

11. Berbanding Kerajaan Persekutuan yang memulangkan kepada rakyat kebanyakan hasil cukai GST kepada golongan yang memerlukan secara bersasar melalui BR1M dan sebagainya, kerajaan negeri di bawah Pakatan di Selangor telah mengaut lebih banyak cukai berbanding peratusan hasil yang dipulangkan secara bersasar kepada rakyat.

12. Keadaan ini perlu diperbetulkan untuk mengekang kenaikan kos sara hidup di Selangor dan juga untuk mengembalikan kegemilangan ekonomi negeri Selangor. Dasar kerajaan negeri Pakatan yang membebankan peniaga dan pengguna ini perlu dihentikan. Sebab itu Kerajaan negeri Selangor perlu diubah. Agar kehidupan menjadi lebih baik di Selangor.

-Isham Jalil
Presiden SUKARELAWAN MALAYSIA


3 comments:

Anonymous said...

baca tajuk pun dah faham..bangang punya blogger

Anonymous said...

betulah..perghh...bn semua buat terbaik...kikikiki

Johan said...

Masalah air juga menyebabkan bbrp kilang tidak dapat beroperasi.

 
Blogger Templates