Pages

Sunday, February 4, 2018

TEMBELANG GUAN ENG JUAL TANAH MALAYSIA KEPADA PIHAK ASING SEMAKIN TERDEDAH!!!



Sedar atau tidak, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sedang bersendirian. Rakan-rakannya dari DAP pun tidak berani campurtangan untuk membantunya keluar daripada permasalahan yang dia sendiri buat. Tony Pua, Anthony Loke, Teresa Kok bahkan Lim Kit Siang sendiri pun tidak berani mempertahankan Lim Guan Eng dan skandal terowong dasar laut Pulau Pinang yang sedang mendapat perhatian dan diperkatakan oleh dunia media sosial.

Campurtangan daripada rakan-rakannya yang lain, hanya akan mempercepatkan Lim Guan Eng dihumban ke penjara memandangkan kes tersebut sedang dalam siasatan SPRM. Dan Lim Guan Eng tahu, SPRM mengambil kira pelbagai maklumat dan fakta daripada mulut para pemimpin DAP sendiri terutama Exco-Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering mengeluarkan pelbagai kenyataan bercanggah termasuklah jumlah pembayaran yang telah dibuat untuk syarikat konsesi terowong dasar laut Pulau Pinang. 

Maka tidak hairanlah mengapa akhirnya Lim Guan Eng mengambil keputusan untuk bercakap sendiri bagi mengurangkan masalah dan peracnggahan. Dengan kata lain, Lim Guan Eng cubca meminimakan segala kesalahan yang boleh mendedahkannya kepada masalah perundangan.

Namun yang pasti, Lim Guan Eng benar-benar kalut kerana skandal rasuah, penyelewengan dan hipokrasinya tidak lagi dapat diselindungi. 


Kelam-kabut Lim Guan Eng dapat dilihat secara ketara apabila GERAKAN Pulau Pinang membuat pendedahan berhubung skandal RM6.3 bilion terowong dasar laut dan tiga batang jalan yang perjanjiannya telah ditandangani pada November 2013. Lim Guan Eng masih tidak dapat menjawab mengapa dan bagaimana pemaju boleh mempromosi serta mengutip tempahan untuk projek kondominium City of Dreams yang telah dibina di atas tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang beberapa minggu selepas perjanjian ditandatangani.

Projek tersebut turut dipromosikan menerusi beberapa laman web hartanah pada Disember 2013.

Malahan mereka turut mengiklankan dalam expo hartanah di Straits Quay pada 28 Disember 2013 untuk mengutip wang tempahan pada harga RM5,000 seunit. 

Antara yang menarik dalam projek ini ialah, ia terletak di atas tanah yang merupakan sebahagian daripada bayaran konsultansi sebanyak RM220 juta sebagai bayaran untuk laporan bagi tiga batang jalanraya. Tanah tersebut telah diserahkan sebagai bayaran pada Februari 2015.


Apabila tanah tersebut diserahkan, Kerajaan Pulau Pinang serta-merta telah meningkatkan nilai tanah tersebut dengan menaikkan kepadatan pembangunan daripada 30 unit seekar menjadi 155 unit seekar  dan memberikan kelulusan untuk blok berkembar mengandungi 40 unit kondominium mewah dalam tempoh 8 hari sahaja.

Lebih mengkagumkan ialah bagaimana pemaju hartanah telah pun mengetahui lebih awal tentang layout jumlah lantai yang perlu dibina, bila keluusan untuk pembangunan kepadatan, apa harga bagi setiap kaki persegi dan mereka memperolehi kelulusan pembangunan seperti yang diharapkan, kurang 14 bulan sebelum mereka memperolehi tanah berkenaan.

Itulah yang membangkitkan kecurigaan apa sebenarnya tujuan 'pembinaan' tiga batang jalan dan projek terowong dasar laut yang tidak pernah dibina itu. Seolah-olah projek berkenaan sengaja diwujudkan untuk menghalalkan syarikat tersebut merompak tanah dan mengaut keuntungan mudah di Pulau Pinang.

Dan tidak hairanlah juga mengapa Lim Guan Eng sentiasa menekankan kononnya projek tersebut tidak dibayar walau sesenpun wang rakyat Pulau Pinang dan tidak seinci tanah Pulau Pinang pun diserahkan kepada syarikat terbabit.


Lim Guan Eng ditanya mengapa syarikat terbabit segera menggunakan tanah tersebut untuk membangunkan projek kondo mewah sedangkan sepatutnya mereka menyiapkan terowong dan tiga batang jalan tersebut terlebih dahulu. Dia juga ditanya mengapa pembayaran dalam bentuk penyerahan tanah dibuat sedangkan syarikat tersebut belum melakukan sebarang kerja.

Dan itulah yang dibelit-belit oleh Lim Guan Eng memandangkan dia langsung tidak mempunyai jawapan untuk itu. Akhirnya dia terpaksa menyalahkan ECRL, berbangga-bangga dengan tender terbuka, dan kemudian menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana tidak memberikan peruntukan besar kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk membina terowong dasar laut dan tiga batang jalan tersebut.

Mengapa sebagai seorang akauntan dan seorang yang berpegang kepada CAT, Lim Guan Eng membenarkan syarikat tersebut mengambil wang tempahan atau apa-apa sahaja bayaran sebelum permit pengiklanan daripada Kementerian Perumahan atau perjanjian Jual Beli ditandatangani?

Apakah sebenarnya pembohongan dan tipu muslihat yang sedang dilakukan oleh syarikat terbabit dengan bantuan Lim Guan Eng? Apa yang diperolehi oleh Lim Guan Eng atau DAP khususnya di Pulau Pinang dalam transaksi yang serba meragukan ini?

Maka tidak hairanlah mengapa Lim Guan Eng terlalu mengambil berat tentang pendedahan ini. Lim Guan Eng tahu ada banyak peraturan yang telah dilanggar dan dia merupakan salah seorang yang terlibat. Natijah undang-undang daripada penguatkuasaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, akan memberi kesan besar kepadanya.

Dan tidak hairanlah mengapa Kerajaan Pulau Pinang membiarkan Lim Guan Eng bersendirian. Manakala konco-konco Melayu Lim Guan Eng seperti Mahathir dan Azmin Ali pula cuba mengalihkan perhatian kebanyakan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu kepada isu-isu sensasi melibatkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN.


2 comments:

  1. Harap MCA DAN GERAKAN SERTA blog kerajaan dapat membongkar dan kalau boleh siarkan setiap isu cerita, penyelewengan dan rasuah dan kalau boleh setiap hari supaya dapat mengatasi cara PH memunipulasikan isu untuk mengaburi rakyatsupaya lupa akan skandal TEROWONG ini

    Keep it up jangan berhenti. Teruskan hingga tumbang DP di Pulau Pinang

    ReplyDelete
  2. Madey dan geng2 pembangkang nak undi cina, apa2 isu tak betui pun depa buat tak tau/tak dengar je.DAP pula nak undi melayu, apa2 isu madey yg tak betui pun depa akan buat2 tak nampak dan sokong juga kan, kik3
    Kan, kik3

    ReplyDelete