Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, January 16, 2018

TERDESAK ALIH ISU LIM GUAN ENG, MELAYU PENCACAI DAP SEPERTI MAHFUZ MULA PERLEKEHKAN RAJA MELAYU!!!



Tiga hari lepas, tular video Mahfuz Omar berucap dalam kempen Pakatan Harapan. Mahfuz Omar seperti yang diketahui sedang mencari-cari dahan untuk berpaut bagi meneruskan kerjaya politiknya selepas mengambil keputusan keluar dan meninggalkan PAS. Mahfuz dalam ucapannya cuba menjadikan KDYMM Sultan Pahang sebagai modal temberangnya.

Penularan klip video tersebut, akhirnya mendapat reaksi daripada rakyat Pahang. Beberapa laporan polis telah dibuat oleh pihak terbabit. Dan sama seperti Lim Guan Eng yang menjadi kiblat serta tujuan utama Mahfuz Omar, dia mengikrarkan ketegarannya dengan enggan meminta maaf atau mengakui keterlanjuran kata-katanya.

Kiblat utama Pakatan Harapan bukanlah Mahathir mahupun Mukhriz Mahathir walaupun kedua-duanya merupakan figur utama yang sedang menyerang minda orang Melayu sekarang. Sebaliknya, matlamat utama Pakatan Harapan terutama dari kalangan PPBM, DAP dan PAN adalah Lim Guan Eng.

Dan seperti yang diketahui, Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan masalah besar. Bukan sahaja membabitkan perbicaraan kes rasuah dan salahguna kuasanya yang dijadualkan akan berlangsung selama 23 hari berturut-turut, tetapi yang lebih 'menakutkan' adalah skandal terowong dasar laut Pulau Pinang yang kini mendapat perhatian besar SPRM.

Seperti yang diketahui juga, antara yang dapat memujuk DAP dan Lim Guan Eng adalah permusuhan atau pengolokan ke atas Sultan-Sultan Melayu di Malaysia. Institusi kesultanan Melayu di Malaysia bukanlah merupakan sesuatu yang digemari oleh DAP. Mengolok-olokkan mana-mana sultan, sudah pasti akan mendapat pujian besar daripada pendokong-pendokong DAP.

Barangkali kerana percayakan kepada teori itulah, Ketua PPBM Bahagian pendang ketika berceramah dalam Jelajah Selamatkan Felda di rumah nombor B13, Jalan Pejabat Felda Lubuk Merbau pada ja 10:00 malam bertarikh 13 Januari 2018 cuba mengaitkan almarhum KDYMM Sultan Kedah untuk menguatkan hujahnya.


Abdul Razak Khamis menuduh Almarhum yang pada ketika itu merupakan DYMM Yang Di-Pertuan Agong telah dikurung oleh Perdana Menteri, Najib Abdul Razak menyebabkan Pakatan kalah pada PRU-13 dan 'Agong dah pun meninggal.'

Kempen dan pembohongan Ketua PPBM Bahagian Pendang itu kemudiannya menarik perhatian Anak Peneroka Felda Lubuk Merbau yang kemudiannya mendakwa Abdul Razak telah menghina Almarhum Sultan Kedah semasa baginda masih menjawat jawatan Yang Di-Pertuan Agong.

Satu laporan polis telah dibuat pada keesokan harinya. Mereka turut mendesak agar Abdul Razak disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak menghormati institusi raja-raja Melayu selain menjadi teladan kepada golongan yang cuba mencetuskan ketidaktenteraman dan ketidakstabilan di negara ini.

Yang pasti, semakin kalut dengan skandal Lim Guan Eng, semakin kalut jugalah konco-konco Melayu DAP akan mencari isu-isu baru untuk mengalihkan tumpuan netizen dan orang ramai daripada memperkatakan skandal terowong dasar laut itu yang bernilai berbilion-bilion ringgit.

No comments:

 
Blogger Templates