Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, December 1, 2017

SELEPAS MUKHRIZ MAHATHIR DIMALUKAN DI PENDANG, GILIRAN MAHFUZ OMAR PULA DIMALUKAN DI POKOK SENA!!!



Sudah beberapa penggal Mahfuz Omar menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena. Pendek kata, kalau sebut nama Pokok Sena, nama Mahfuz pasti akan meniti di bibir. Mahfuz cukup kebal di Pokok Sena. Walaupun dia kurang memberikan perhatian kepada nasib rakyat yang diwakilinya di Pokok Sena, tetapi memandangkan Mahfuz mewakili sebuah parti yang berjenama agama, menanglah Mahfuz di Pokok Sena dalam setiap Pilihanraya Umum.

Namun kini, Mahfuz mula meniti hari-hari suramnya di Pokok Sena. Walaupun Mahfuz cukup yakin, dia masih mempunyai penyokong yang ramai, apatah lagi sekarang ini dia sudah merenggangkan diri daripada PAS walaupun belum mengisytiharkan keluar parti lagi, sebaliknya sangat rapat dengan DAP, PKR, PAN dan PPBM, Mahfuz seperti hilang pedoman.

Semuanya gara-gara dia tidak lagi dipedulikan oleh PAS!



Tanpa PAS, Mahfuz Omar tidak akan ke mana-mana. Tanpa PAS, Mahfuz tidak boleh jadi seperti Amiruddin Hamzah, ADUN Pokok Sena yang mempunyai halatuju yang lebih jelas dan permintaan tinggi terhadap dirinya. Kebolehan Mahfuz tidak setara dengan Amiruddin Hamzah.

Barangkali kerana itulah, Mahfuz menggerakkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pokok Sena untuk penyampaian sumbangan pakaian sekolah. Mahfuz mengharapkan ia merupakan langkah yang paling berkesan untuk menaikkan kembali namanya, atau sekurang-kurangnya membuatkan kehadirannya disedari.



Program telah dijalankan di Taman Bandar Baru di hadapan kedai RM1.90, Pokok Sena. Perasminya adalah Mahfuz Omar sendiri.

Yang hadir adalah seramai lebih kurang 60 orang yang terdiri daripada kalangan ibu bapa dan kanak-kanak penerima sumbangan. Sepatutnya yang hadir adalah seramai 200 orang memandangkan jumlah barangan sumbangan adalah sebanyak 200 barangan.



Barangan sumbangan yang disampaikan adalah berupa beg dan sepasang uniform sekolah. Mereka turut diberikan kupon bernilai RM60 untuk ditukarkan di Kedai Sena Ekonomi Pokok Sena dengan uniform sekolah.



Hadirin kemudian dijamu dengan nasi lemak, pulut dan teh tarik. Dan seperti biasa, apabila ada program sebegitu, maka tidak ketinggalan jugalah kempen dan ceramah politik menghentam pemimpin UMNO, memperkatakan tentang ketidakcekapan Kerajaan BN mengurus ekonomi, isu GST dan kenaikan harga barangan serta rasuah.

Antara yang hadir adalah Hj Omar Awang yang merupakan Pengerusi PAN Pokok Sena, Zulkifli Ismail yang merupakan Timbalan Ketua Bahagian PPBM Pokok Sena, Johari Hanafiah yang merupakan Naib Pengerusi PAN Pokok Sena dan Puan Syarifah binti Adam yang merupakan Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena.


1 comment:

Anonymous said...

Dah tak laku...

 
Blogger Templates