Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, September 15, 2017

PELABURAN KWSP: ANTARA PELABURAN UNTUNG ZAMAN NAJIB DAN BAIL-OUT RUGI BESAR ZAMAN MAHATHIR!!!



Masih kecoh tentang pelaburan KWSP di Amerika Syarikat di sebalik berita menyayat hati tentang tragedi kebakaran sebuah sekolah tahfiz di Datok Keramat, Kuala Lumpur yang mengorbankan 21 orang pelajar dan 2 orang guru.

Pelbagai hujah membabitkan pro dan kontra boleh dibaca. Yang menentang, sudah pastilah kerana terbawa-bawa dengan sentimen kebencian terhadap Najib Abdul Razak dan Kerajaan Barisan Nasional. Ada juga yang menentang kerana masih fobia dengan dasar penswastaan negara oleh Dr. Mahathir dan penggunaan wang KWSP sewenang-wenangnya untuk bail-out syarikat-syarikat kroni dan anak-anaknya dengan alasan menyelamatkan negara. Malah tidak kurang pula yang menentang semata-mata kerana ia adalah satu isu yang boleh ditentang, tanpa sebarang hujah konkrit. 

Manakala yang menyokong pelaburan KWSP di Amerika Syarikat pula, bersandarkan kepada perolehan positif KWSP daripada hasil pelaburannya yang walaupun cuma sekadar 23% membabitkan pelaburan global badan tersebut berbanding 77% pelaburan dalam negeri, pendapatannya bagi suku pertama tahun ini sahaja telah disumbangkan sebanyak lebih 70%.

Ketika Abdullah Badawi mengambilalih tampuk pentadbiran negara daripada Dr. Mahathir pada tahun 2003, pihak pembangkang bertanyakan sama ada Abdullah Badawi akan meneruskan dasar-dasar penswastaan negara yang telah banyak merugikan negara ini walaupun dari segi lahiriahnya, negara lebih maju dan rakyat pula membayar setiap kemajuan tersebut menerusi kutipan cukai yang lebih tinggi serta bayaran konsesi termasuklah tol lebuhraya. Perubahan yang cuba dilakukan oleh Abdullah Badawi bagaimanapun ditentang dan akhirnya dia terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri untuk digantikan oleh Najib Abdul Razak. 

Najib Abdul Razak pada peringkat awalnya dilihat akan meneruskan dasar-dasar Dr. Mahathir termasuklah dasar penswastaan negara. Bagaimanapun, apabila Najib bukan sahaja tidak mengendahkan dasar yang telah mengkayakan sekelompok manusia yang rapat dengan Dr. Mahathir, bahkan telah merentapnya dari tangan mereka, Najib Abdul Razak mulai menjadi musuh utama Dr. Mahathir. 

Bukan sahaja Najib Abdul Razak menamatkan 'batil emas' puak-puak tersebut, tetapi pentadbiran dan pasukannya juga memperbetulkan semula ketirisan subsidi serta kewangan badan-badan utama negara terutama sekali yang membabitkan KWSP, Petronas, Tabung Haji dan sebagainya. Hampir tidak kedengaran lagi KWSP, Petronas atau Tabung Haji terpaksa menggunakan kekuatan kewangan mereka untuk 'menebus' syarikat-syarikat GLC yang kerugian seperti yan berlaku pada zaman Dr. Mahathir. 

Pada Jun 2005, Aliran, sebuah NGO pro pembangkang pada waktu itu memperkatakan tentang dasar penswastaan negara yang telah mengubah struktur negara ini dan memaksa rakyat menambahkan waktu bekerja bagi membayar segala macam bil yang tidak munasabah. Kesan daripada dasar penswastaan negara menjadikan kewangan negara ini amat rapuh dan rakyat pula bertukar menjadi robot yang terpaksa bersaing dengan pendatang asing dengan kadar gaji dan upah yang sangat murah. (RUJUK SINI)

Menurut Aliran, dasar penswastaan dan bail-out yang berleluasa pada zaman Dr. Mahathir telah mendatangkan kerugian besar kepada negara terutama dalam usaha untuk menebus semula kerugian daripada perjudian FOREX di tangan Mahathir.

Berikut adalah contoh-contoh yang ditampilkan oleh Aliran: 

(1) IWK

Kerajaan Mahathir telah bail-out RM200 juta Indah Water Konsortium (IWK), sebuah syarikat konsesi yang dihadiahkan kerja-kerja menguruskan sistem kumbahan negara. Menurut Lim Kit Siang, pinjaman mudah turut diberikan oleh Kerajaan Mahathir kepada IWK berjumlah RM1.4 bilion dan syarikat tersebut tetap diisytiharkan rugi sehingga perlu dibail-out.

(2) KPB

Antara projek yang paling menarik kerana kesungguhan Mahathir menyelamatkan Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) yang dimiliki oleh anaknya, Mirzan. Syarikat tersebut berhutang sebanyak RM1.7 bilion dan menggunakan dana dari Petroleum Nasional Bhd (Petronas). Syarikat perkapalan yang dimiliki oleh Petronas MISC telah digunakan untuk membeli aset-aset KPB secara tunai sehingga mencecah RM1 bilion.

(3) PROTON

Kerajaan Mahathir bukan sahaja dikritik berhubung penggunaan dana Petronas semata-mata untuk membeli semula kepentingan 27% dalam Proton yang bernilai lebih kurang RM1 bilion, tetapi turut dikecam kerana penggunaan sewenang-wenangnya wang Petronas untuk mengawal pemegang saham dan kemudian melupuskan pegangan tersebut. Penguasaan daripada penggunaan wang Petronas itu, akhirnya berpindah kepada DRB-Hicom Group Bhd yang sudah pun sarat dengan hutang. Urusniaga tersebut diumumkan selepas Proton dilaporkan mengalami kerugian bersih RM19 juta dalam sembilan bulan sehingga 31 Disember 1999.

(4) MAS

Kerajaan telah membeli kembali majoriti saham dalam MAS pada harga yang sama dijual pada tahun 1994. Bagaimanapun, syarikat penerbangan nasional yang hanya mempunyai sedikit itu, kemudiannya dibebani dengan hutang sebanyak RM9.5 bilion dan berhadapan dengan kerugian empat tahun berturut-turut dan hampir-hampir diisytiharkan muflis.

MAS pada mulanya dijual kepada Tajudin Ramli yang dianggap sebagai protege Menteri Kewangan pada waktu itu, Daim Zainuddin tanpa sebarang pembidaan. Dalam bail-out, kerajaan telah menggunakan wang rakyat untuk membayar RM8 bagi setiap saham walaupun saham-saham MAS diperniagakan pada harga RM3.60 seunit. Dipercayai, Kerajaan Mahathir telah membayar hampir RM1 bilion, lebih dari nilai pasaran untuk pegangan saham MAS. Tajudin Ramli kemudiannya dipersalahkan dan Mahathir serta Daim Zainuddin terlepas!

(5)  TIME DOTCOM

Time dotCom merupakan anak syarikat Time Engineering, sebuah syarikat senarai awam yang berkaitan dengan RENONG Group, sebuah syarikat UMNO.

Dalam usaha menyelamatkan Time DotCom, wang Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang berada di bawah kawalan Kementerian Kewangan telah digunakan. Sebanyak RM904 juta telah digunakan untuk membeli 273.9 juta saham-saham Time dotCom yang tidak diperlukan, sekaligus mengakibatkan kerugian serta merta sebanyak RM280 juta. 

KWSP kemudiannya membelanjakan RM269.28 juta untuk membeli 81.6 juta saham-saham (peruntukan awam yang tidak dibeli dalam tawaran IPO awam) Time dotCom Bhd pada harga RM3.30 sedangkan harga sebenar seunit saham tersebut hanya berlegar-legar antara RM1.96 sehingga RM2.10, sekaligus merugikan wang rakyat sebanyak RM100 juta. 

DANAHARTA (agensi yang ditugaskan untuk menghapuskan pinjaman-pinjaman lapok dari sistem perbankan) dan Khazanah (agensi pelaburan kerajaan) turut terbabit dalam bail-out tersebut, sedangkan tugas sebenar mereka bukanlah menjadi kuda tunggangan untuk bail-out kegagalan IPO syarikat-syarikat tersebut. Khazanah membeli 30% kepentingan Time dotCom dengan harga RM2.1 bilion.

(6) LRT

Sekali lagi wang rakyat dipergunakan atas nama penswastaan apabila sejumlah RM6 bilion telah digunakan untuk bail-out atau menyelamatkan Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn. Bhd (PUTRA) yang dimiliki oleh RENONG (bekas syarikat pelaburan UMNO) serta RM2 bilion pinjaman pada 1999 kepada Sistem Transit Aliran Ringan Sdn. Bhd (STAR).

KWSP kemudiannya memberikan 'pinjaman' sebanyak RM600 juta kepada STAR walaupun syarikat tersebut sedang berhadapan dengan kerugian. Pegangan ekuiti pemegang dana itu yang berjumlah RM135 juta dilupuskan dan mengalami kerugian menerusi pegangan sahamnya berjumlah RM96 juta pada 1999. STAR dan PUTRA tetap dibenarkan beroperasi dan menguruskan sistem LRT walaupun kedua-dua syarikat dilaporkan telah disalahurus dan tidak kompeten. Kerugian sepenuhnya ditanggung oleh pembayar-pembayar cukai. 

Bail-out kedua-dua syarikat LRT tersebut merupakan projek bail-out terbesar menggunakan dana awam dan hasilnya tetap rugi.

(7) PLUS

Pada 1988, Kerajaan Mahathir telah menganugerahkan konsesi PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan) kepada United Engineers Malaysia Berhad (UEM), sebuah syarikat yang dimiliki oleh syarikat amanah UMNO, Hatibudi Sdn. Bhd. Penganugerahan tersebut diselubungi pelbagai tuduhan rasuah, selain conflict of interest di mana UEM merupakan syarikat yang paling tidak layak di kalangan empat tender yang dihantar. UEM kemudiannya menubuhkan PLUS untuk mengambilalih konsesi NSE. 

Walaupun projek penswastaan tersebut membabitkan konsensi bagi melancarkan kewangan syarikat, Kerajaan Mahathir kemudiannya menjamin pinjaman mudah sebanyak RM1.6 bilion, jumlah yang merupakan separuh daripada harga tender RM3.2 bilion. Kos pembinaan kemudiannya dilaporkan dua kali ganda dari jumlah ini dan alasannya hanya boleh difahami oleh Dr. Mahathir. Anugerah lain yang diberikan kepada UEM termasuklah peningkatan kadar tol, jumlah trafik terjamin dan beberapa kemudahan lain di mana perinciannya sehingga ke hari ini berada di bawah OSA. 

Sewaktu krisis kewangan Asia berlaku pada 1997/98, PLUS telah menjadi lembu susu untuk membekalkan wang kepada UEM Group yang sedang berhadapan dengan masalah hutang yang sangat besar sehngga mencecah berpuluh-puluh bilion ringgit. Kutipan dari PLUS menjadikan syarikat tersebut sebagai lembu susu, sekaligus menukarkan PLUS sebagai syarikat peminjam terbesar kepada UEM dalam usaha memastikan UEM terus hidup sepanjang krisis kewangan. Sekali lagi rakyat dipergunakan semata-mata untuk membiayai kewangan UEM Group.

(8) PSC/Projek TLDM

Abdullah Badawi pernah cuba untuk membatalkan kontrak penswastaan bernilai RM24.3 bilion yang telah ditandatangani pada tahun 1998 yang dianugerahkan kepada PSC Industries Bhd (PSCI), sebuah syarikat yang dikuasai oleh Amin Shah Omar Shah. Perjanjian tersebut memberikan kuasa kepada PSC untuk menguasai dok-dok utama kapal milik kerajaan dan hak istimewa untuk menyelenggara keseluruhan aset perkapalan TLDM. Kerajaan Mahathir telah pun mendahulukan wang sebanyak RM2.5 bilion kepada PSCI. Bagaimanapun, dua buah kapal yang dibina oleh PSC telah gagal dihantar kepada TLDM. PSC sendiri berhadapan dengan masalah kewangan yang sangat teruk.

Jun 2005, Amin Shah yang dilantik semula sebagai Pengarah PSCI dalam mesyuarat tahunan pemegang-pemegang saham yang turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada syarikat-syarikat pemegang saham seperti Boustead Holdings Bhd, telah dilarang daripada menghadiri mesyuarat. Boustead, pemegang saham tunggal terbesar PSI dengan 32.7% telah mengeluarkan notis menghalau Amin Shah dari Lembaga Pengarah PSCI.

PAC yang diketuai oleh Shahrir Samad yang mencadangkan agar kerajaan menggunakan apa-apa sahaja kaedah untuk menyelamatkan dan menjadi PSC Naval Dockyard sebuah korporat telah menyebabkan Amin Shah marah. PSCI kemudiannya mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Shahrir Samad kerana dakwaannya, wujud pecah amanah dan penyelewengan di kalangan pegawai-pegawai tertinggi syarikat tersebut sehingga menyebabkan syarikat itu gagal dan rugi teruk.

Lain-lain bail-out yang berlaku pada zaman Mahathir termasuklah: 

(a) Penggunaan dana KWSP untuk bail-out ekuiti Renong/UEM dan jaminan pinjaman RM800 juta dari kerajaan selain pemaksaan ke atas bank-bank seperti Malayan Banking, Bank Bumiputera, Bank of Commerce dan RHB untuk membeli ekuiti Renong daripada Pengerusi Eksekutif syarikat tersebut, Halim Saad. 

(b) Bail-out syarikat National Steel Company (NSC) milik Renong di Filipina menerusi syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, Hottick yang memberikan pinjaman tanpa sebarang andaran menerusi bank milik kerajaan, Malayan Banking dan Bank Bumputera selain RHB Bank dan Bank Of Commerce. Hutang dan pinjaman Hottick bernilai RM3.09 bilion kemudiannya diambilalih oleh Danaharta. 

(c) Bail-out Ekran Berhad milik Ting Pek Khiing yang telah menerima pampasan bernilai RM950 juta daripada kerajaan berhubung Projek Empangan Bakun. 

(d) Bail-out Park May, Intrakota, Monorail dan sebagainya.

Senarai bail-out menggunakan dana awam seperti KWSP, KWAP, Petronas, Tabung Haji dan sebagainya sebenarnya jauh lebih banyak berbanding yang tertulis di atas. Najib Abdul Razak mengambilalih negara ini dalam keadaan kewangan negara yang sedang sarat dengan pelbagai masalah kesan daripada dasar-dasar Mahathir yang menjadikan wang negara sebagai wang keluarganya.

Satu persatu masalah-masalah yang disebutkan di atas telah diperbetulkan semula oleh Najib sehingga mendorong kepada sabotaj kumpulan-kumpulan penyokong yang menguasai kartel-kartel barangan keperluan harian dan kepenggunaan bagi menutup masalah sebenar.

Maka tidak hairanlah mengapa Mahathir diserang penyakit meroyan yang sangat teruk, terutama apabila dia yang kerapkali digambarkan sebagai pemimpin yang hebat, sebenarnya tidak lebih daripada penambah beban kepada rakyat Malaysia. Masalah yang dicipta sepanjang 22 tahun pentadbirannya, hanya boleh diselesaikan sekurang-kurangnya 30 tahun lagi. Itu pun jikalau tidak ada masalah lain yang timbul atau pengulangan sejarah Mahathir. 

Tidak hairanlah juga mengapa ramai yang begitu fobia apabila mendengar Najib berterus terang tentang pelaburan KWSP dan Khazanah serta MAS di Amerika Syarikat!!!


2 comments:

Anonymous said...

Banyaknya bailouts, tak larat nak baca, harap Mahathir dapat jawab!!!!

Anonymous said...

Untunglah sgt...rakyat malaysia sedang makmur dgn keuntungan berterusan 1MDB.
Jgn ko tak siar pula pendapat aku ni..
Takkan yg cakap bodek2 ja nak siar

 
Blogger Templates