Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, July 18, 2017

BETULLAH CAKAP NURUL TU, DUIT HILANG, PROJEK TAK NAMPAK TIANG... MACAM TEROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG!!!



Nurul Izzah Anwar Ibrahim kata, dengan gabungan bapanya dan Dr. Mahathir, Pakatan boleh membina MRT yang lebih murah, jajaran yang lebih jauh, gerabak MRT yang lebih mewah dan jauh lebih selesa. 

Hannah Yeoh pula kata, Najib membazir wang rakyat atau duit pembayar cukai dengan pembinaan MRT yang sudah siap Fasa Keduanya menghubungkan Kajang-Sungai Buloh. 

Tony Pua memperlekeh-lekehkan realisasi MRT dan berkata, itu semua wang rakyat, bukannya wang Najib Abdul Razak. 

Rafizi Ramli dalam kempennya berkata, daripada Najib membazir RM80 juta membina keseluruhan MRT, lebih banyak wang tersebut digunakan untuk memberikan pendidikan percuma peringkat universiti.

Mahathir pula tidak kata apa-apa, sekadar tersengih terutama apabila dua projek LRTnya iaitu STAR dan Putra terpaksa dibeli semula oleh Kerajaan menerusi Khazanah kerana kerugian melebihi RM10 bilion walaupun pembiayaannya masih ditanggung oleh wang cukai rakyat.




Pendek kata, MRT selama empat hari ini menjadi fenomena. Ini adalah kerana di sebalik cerita kononnya ekonomi Malaysia bankrap dan Malaysia sedang menuju menjadi negara muflis di bawah Najib Abdul Razak, MRT yang merupakan projek pertama daripada KL Greater sudah pun separuh siap. Bukan sahaja lebih awal daripada tarikh sasaran, tetapi juga menjimatkan wang rakyat sebanyak RM2 bilion berbanding jangkaan asal RM23 bilion. MRT juga merupakan pengangkutan awam yang jauh lebih efisien berbanding teksi, bas apatah lagi beca dan lancha yang sudah tidak wujud pada zaman ini. 

Jajaran yang jauh lebih besar, tidak sahaja menyambungkan dan menyepadukan perkhidmatan LRT, Monorail dan Komuter zaman Mahathir yang hanya memberikan keuntungan kepada syarikat konsesi tetapi merugikan negara dan kerugian tersebut ditanggung sepenuhnya oleh rakyat, MRT di bawah pentadbiran Najib juga tidak lagi menggunakan teknologi 10 tahun ke belakang seperti LRT zaman Mahathir.


Pada masa yang sama, di sebalik tepuk dada dan cakap-cakap gah, projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang masih tidak nampak bayang walaupun tanah telah terjual, bahkan Lim Guan Eng telah pun membuat bayaran penuh kepada syarikat yang hanya menyediakan laporan kebolehlaksanaan bernilai ratusan juta ringgit tanpa sebarang hasil. 

Di Selangor, beberapa pihak yang selama ini mendiamkan diri, kini mula bersuara. Antaranya termasuklah kes membabitkan UNISEL yang menyaksikan LEBIHAN BAYARAN yang dibuat kepada sebuah syarikat konsesi tanpa sebarang sebab, selain lebihan bayaran bagi projek mengecat semula gerbang Kota Darul Ehsan, jejantas ke I-City yang secara baiknya, Kerajaan Negeri Selangor tolong bina dan tolong keluarkan duit walaupun itu sebenarnya adalah tanggungjawab pemaju I-City sendiri, selain pelbagai projek TERLEBIH BAYAR lain. 


Turut dipertikaikan ialah PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN untuk penyelenggaraan rumah-rumah PPRT, PBT dan jalanraya (MARIS) yang tidak digunakan bagi tujuan utama tetapi sebaliknya dijadikan sebagai SURPLUS atau lebihan pendapatan Kerajaan Negeri. 'Lebihan' itulah kononnya membuktikan Kerajaan Pakatan cekap, jujur, telus dan sebagainya walaupun hakikat sebenarnya adalah, Kerajaan Pakatan tidak amanah dan tidak menjalankan tanggungjawab sewajarnya.

Kesemua PROJEK yang DIBAYAR LEBIH oleh kedua-dua Kerajaan Negeri Pakatan adalah WANG CUKAI RAKYAT. Bukan datangnya daripada akaun peribadi para pemimpin Pakatan Harapan yang hanya pandai bercakap, tetapi tidak tahu buat kerja!


2 comments:

Unknown said...

Double standard
Penang punya kes tanak tegur ke?

Anonymous said...

saperti yang mathir lakukan pada proton..atas nasihat dari janda proton berjaya menyuntik keuntungan yg berbelion ringgit....dan atas idea mathir juga proton telah berjaya membuat kereta yang paling pan.jang dan yang paling tinggi dalam dunia..

 
Blogger Templates