Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 20, 2017

SYED SADDIQ MULAI KALUT BILA TERKANTOI... BUAT LAPORAN POLIS DAN TUDUH 3 EXCO ARMADA JUAL MARUAH KEPADA UMNO-BN!!!



Ekoran pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin menerusi Malaysia Today tentang peranan dan kaitannya dengan pengumuman DOJ dan penfailan saman sivil yang berkaitan dengan 1MDB, Ketua Armada Cap Bunga, Syed Saddiq hari ini membuat laporan polis.

Raja Petra menerusi portal miliknya mendakwa, Syed Saddiq tahu tentang bayaran yang dibuat oleh Dr. Mahathir menerusi Daim Zainuddin yang kemudian menggunakan orang tengah kepada Yayasan Clinton dalam usaha untuk menggulingkan Najib Abdul Razak.

Dr. Mahathir amat yakin, Hillary Clinton akan memenangi perlumbaan Presiden Amerika Syarikat menentang Donald Trump tahun lepas. Bagaimanapun, dalam pilihanraya Presiden tersebut, Donald Trump berjaya menumpaskan Hillary Clinton dengan selesa selepas skandal e-mail dan dana pilihanraya yang meragukan yang dikutip menerusi Yayasan Clinton, diketahui umum.

Dakwa Raja Petra lagi, Syed Saddiq dalam usahanya untuk bermegah-megah tentang keakrabannya dengan Dr. Mahathir telah menghebahkan tentang RM50 juta penyaluran dana ke Amerika Syarikat itu oleh Dr. Mahathir kepada tiga orang Exco Armada.

Bagaimanapun, Syed Saddiq yang diketahui amat suka mencabar orang lain berdebat, mengatakan dia telah dituduh oleh Raja Petra sebagai mempunyai kuasa untuk mempengaruhi DOJ. Sambil memuji-muji DOJ sebagai telus dan berkecuali, Syed Saddiq mengatakan, apa yang dilakukan oleh Raja Petra itu hanyalah cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada topik sebenar iaitu penemuan yang telah dibuat oleh DOJ.

DOJ tidak menamakan Najib Abdul Razak atau Rosmah Mansor. Malahan penyenaraian barangan kemas berlian yang dikatakan bernilai puluhan juta ringgit, sekadar untuk menyedapkan cerita, kerana barangan kemas itu tidak disenaraikan untuk disita. Sebaliknya senarai nama dalam pengumuman DOJ kali kedua ini adalah sama seperti tahun lepas dengan penambahan Mubadala Development Company. Nama-nama lain adalah  Low Taek Szen (Jholow), JW Hospitality (VHG Intl) Ltd, FFP (Cayman) Ltd, Viceroy Hotel Group dan Jynwell Capital Ltd.

Menurut Syed Saddiq yang tidak menafikan, mengetahui dan telah menghebahkan tentang RM50 juta yang telah disalurkan oleh Mahathir ke Yayasan Clinton kepada tiga orang Exco Armada, dia tahu siapa yang menjadi maklumat dalaman Raja Petra. Menurutnya, orang berkenaan telah 'dibeli' oleh UMNO untuk membocorkan rahsia dan operasi Cap Bunga. (RUJUK SINI)

Ketua Armada itu juga menamakan tiga orang Exco Armada iaitu Hafiz Azhar, Taufik Abbas dan Wahazir Wahabi sebagai bermasalah dan besar kemungkinan Raja Petra telah menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat. Syed Saddiq turut mendakwa, ketiga-tiga Exco Armada itu sebagai orang yang telah menjual maruah mereka kepada UMNO-BN dan besar kemungkinan telah termakan apa-apa sahaja hasutan berkaitan Dr. Mahathir dan Parti Cap Bunga yang diberikan kepada mereka.

Dalam pada itu, Syed Saddiq dalam satu sidang media hari ini, secara rasminya telah menamakan isteri MO1 sebagai Datin Seri Rosmah Mansor. Klip videonya itu dipaparkan menerusi LIVE laman rasmi Facebook peribadinya. (RUJUK SINI)




2 comments:

Anonymous said...

Hahaha.. Syed Saddiq Sigaragar kena check mate dah... bukan juara debat.. juara cakap kosong dan juara cakap bohong aje

Anonymous said...

Kalau ikut cerita RPK iaitu pelarian Malaysia di London, Najib itu Wali Allah.

 
Blogger Templates