Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, June 13, 2017

MARAH BETUL PKR KEPADA LIM KIT SIANG BILA DIKATAKAN ANWAR IBRAHIM TAK BOLEH JADI PM KE-7!!!



Lim Kit Siang payah hendak bercakap benar. Tetapi sekali dia bercakap benar, yang terluka dan terguris adalah kumpulan sekongkolnya sendiri.

Begitulah dalam kes membabitbkan Anwar Ibrahim.

PKR dan Anwar Ibrahim sendiri masih menaruh harapan, Penasihat dan Ketua Umum PKR itu akan menjadi calon Perdana Menteri Ke-7. Pelbagai cara telah digunakan, termasuklah pemanipulasian undang-undang dan menunda-nunda perbicaraan bagi menimbulkan persepsi buruk di kalangan masyarakat yang kurang membaca dan mengkaji tetapi lebih tertarik dengan kesensasian sesuatu isu yang membabitkan Anwar Ibrahim.

PRU ke-14 dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun hadapan selewat-lewatnya. Anwar Ibrahim pula telah dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan kerana kesalahan jenayah liwat pada tahun 2015 setelah kes tersebut mulai melibatkan perundangan pada September 2008. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang panel hakimnya adalah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. Panel hakim tersebut diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria. Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang telah menjatuhkan hukuman yang sama ke atas Anwar Ibrahim. Perbicaraan liwat kedua Anwar Ibrahim itu mengambil masa lebih 5 tahun tanpa Anwar Ibrahim menampilkan saksi mahupun fakta-fakta yang boleh membela dirinya, melainkan mengarahkan para peguamnya bermain-main dari segi teknikaliti perundangan.

Dengan kata lain, bermula dari tarikh jatuh hukum, Anwar Ibrahim hanya akan dibebaskan seawal-awalnya pada penghujung tahun hadapan setelah mengambil kira cuti dan berkelakuan baik. Bagaimanapun, bebas dari penjara, tidak bermakna Anwar Ibrahim boleh terus terlibat dalam politik apatah lagi menjadi calon pilihanraya. Ini kerana kekangan undang-undang yang melarang mana-mana bekas banduan yang telah dihukum penjara melebihi setahun atau didenda melebihi RM2000 terlibat dalam politik selama 5 tahun.

Lim Kit Siang dalam hal ini berkata benar. Anwar Ibrahim tidak boleh langsung menjadi calon PM ke-7 sebagaimana yang dihajati oleh Anwar Ibrahim dan kelompok PKR.

Memang benar, hanya DYMM Yang Di-Pertuan Agong boleh mengampunkan dan mengeluarkan Anwar Ibrahim daripada penjara, tetapi klausa larangan ke atasnya berkuatkuasa. Apatah lagi, Anwar Ibrahim sendiri enggan meminta ampun daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong kerana prosedur yang perlu dipatuhinya ialah, dia perlu mengakui kesalahannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu. Dia tidak boleh menggunakan wakil atau peguamnya, sepertimana yang dilakukan sekarang sebaliknya perlu meminta ampun dengan batang tubuhnya sendiri.

Bagaimanapun, PKR masih terus bertegas mengatakan Anwar Ibrahim adalah calon PM ke-7. Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani begitu marah dengan kenyataan Lim Kit Siang bahawa Anwar tidak layak menjadi calon PM ke-7 tetapi hanya boleh menjadi calon PM ke-8.

Usaha-usaha terbaharu yang dijalankan oleh PKR dengan mengaitkan Shafee Abdullah yang menjadi pendakwaraya dalam kes liwat Anwar Ibrahim sebagai cara untuk mengeluarkan Anwar dari penjara, tidak begitu efisien, memandangkan sumber mereka adalah Sarawak Report dan Clare Rewcastle-Brown yang telah terbukti melakukan fitnah dan pembohongan dalam kebanyakan kes dan isu yang dibawanya.

Sampai bila sebenarnya PKR hendak terus hidup dalam fantasi dan bayangan silam tanpa mahu menerima hakikat bahawa masa untuk Anwar Ibrahim telah lama berakhir?

Anwar Ibrahim telah memendekkan kerjayanya sendiri dengan kesalahan dan nafsunya tetapi masih sibuk menyalahkan orang lain. Bukti-bukti dan fakta-fakta di mahkamah telah menyatakannya demikian. Sewajarnya Anwar Ibrahim dan PKR berpijak di bumi nyata, sebagaimana Lim Kit Siang sendiri. Kalaupun masih ada sisa-sisa harapan, tak payahlah membohongi para pengundi dengan mencalonkan Anwar Ibrahim untuk PRU-14. Tunggu sajalah PRU-15. Itu pun kalau Anwar Ibrahim tidak terus mengulangi tabiat lamanya!!!


2 comments:

Anonymous said...

Yang layak jadi PM lepas Najib=
1. Anifah aman.
2. KJ
Tu bagi aku la,

JawaHill PM said...

Aku lebih Bong Mokhtar jd PM lepas Najib

 
Blogger Templates