Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, April 21, 2017

KONTROVERSI SURAT SOKONGAN MENTERI PENGANGKUTAN UNTUK JAWATAN KETUA PENGARAH JPJ YANG BARU!!!



Tersiarnya dua pucuk surat dengan salah satunya adalah 'SOKONGAN MENTERI' kepada Perdana Menteri bagi jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan bagi menggantikan Ketua Pengarah sedia ada di media sosial, menimbulkan beberapa persoalan yang selama ini acapkali disebut dan bukan lagi menjadi rahsia.

'SOKONGAN MENTERI' bagi jawatan yang kini disandang oleh Datuk Nadzri Siron, membuka mata banyak pihak selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipersoalkan berhubung perniagaan nombor pendaftaran selain undang-undang cermin gelap yang tidak seragam.

Ada pihak yang mengandaikan wujudnya konspirasi dalaman JPJ yang bertujuan menjatuhkan Ketua Pengarah JPJ sekarang. Beberapa nama turut dikaitkan, termasuklah pegawai yang dikatakan sedang melobi untuk jawatan tersebut.

Dalam dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari, integriti Jabatan Pengangkutan Jalan, menjadi taruhan yang tidak boleh dipandang ringan. Persoalan tersebut bermula dari dalam Jabatan sendiri sebelum dipanjangkan menerusi WhatsApp dan akhirnya diangkat oleh Netizen ke Facebook.

Dari semalam lagi, isu ini dilihat muncul di Facebook apabila Rafi Awang Kechik memuatnaikkan surat-surat tersebut dan mempersoalkan kewajaran Menteri Pengangkutan campurtangan dalam hal tersebut.

Menurutnya, surat sokongan daripada Menteri terbabit ditafsir sebagai mempunyai kepentingan besar bagi kedua-dua belah walaupun pada masa yang sama, menyalahi Peraturan Penjawat Awam.

Bagaimanapun, Netizen juga berbelah pendapat berhubung perkara ini kerana jawatan Ketua Pengarah JPJ bukanlah jawatan yang mengganggu sebarang kepentingan agenda Bumiputera.

Seperti biasa, kewajaran pendedahan tersebut mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan kuasa. Walau apa pun ceritanya, ia hanyalah menjadi sebab untuk pendedahan tersebut dibuat.


Yang pasti, persoalan utama yang menjadi perdebatan di kalangan netizen ialah tentang MUDAHNYA KEBOCORAN MAKLUMAT serta surat-surat penting dari Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Menteri sehingga membolehkan ia disebarkan.

Lebih menarik lagi, jejak-jejak penyebar pertama telah ditutup menerusi penggunaan WhatsApp dan Telegram kerana sebaran menggunakan kedua-dua medium tersebut jauh lebih pantas sebelum diangkat ke Facebook sebagai arkib.


1 comment:

Anonymous said...

Mana2 kaum boleh menjawat apa2 jawatan selagi ada kelayakan.

 
Blogger Templates