Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 31, 2017

SPRM TAK SERBU, TAPI LAWAT... SPRM TAK RAMPAS DAN GELEDAH TAPI MINTA DENGAN CARA BAIK... JAWAPAN BANGANG TERESA KOK!!!



Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok MENAFIKAN, SPRM menyerbu pejabatnya, sebaliknya sekadar melawat untuk mendapatkan beberapa dokumen daripadanya. 

"Mereka hanya mahukan dokumen dan kita menyerahkan kepada mereka. Ini bukannya serbuan," kata Teresa Kok. 

Pembantu Kok, Alice Lan berkata, dua orang pegawai SPRM telah datang ke pejabat Kok dengan WARAN GELEDAH pagi tadi dan mahu mendapatkan dokumen asal Skim Saraan Mesra Usia Emas (SMUE) di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

"Pegawai-pegawai tersebut memberitahu, kedatangan mereka adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh Jamal Md Yunos. Jadi untuk berlaku adil, mereka perlu menyiasat kami," kata Lan. 

Dalam kenyataan yang dimuatnaik di akaun Facebook rasminya, Teresa Kok menggambarkan siasatan SPRM daripada laporan Jamal itu adalah taktik kotor Barisan Nasional menjelang PRU-14.

Menurut Teresa Kok, SMUE adalah skim kebajikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di mana sumbangan sebanyak RM2500 diberikan kepada keluarga di Selangor yang kematian ahli keluarga. 

"Pusat perkhidmatan saya di Seputeh telah mengendalikan tanggungjawab tersebut dan menyerahkan saguhati sebanyak RM2500 kepada keluarga-keluarga yang kematian di Parlimen saya semenjak 2009," katanya yang turut mendakwa, tuduhan Jamal yang dia telah mengeluarkan RM2 juta daripada akaun bank SMUE sebagai 'jenaka murahan'. 


"Tuduhan palsu oleh Jamal Yunos tidak syak lagi merupakan taktik kotor untuk mencemarkan nama baik rakan-rakan saya dan saya sendiri menjelang PRU-14," kata Naib Presiden DAP itu. 

Menurut Teresa Kok, peguamnya, Sankara Nair dua minggu lalu telah menyerahkan surat tuntutan kepada Jamal tetapi sehingga ke hari ini tiada sebarang jawapan diterima daripada Jamal, dan menambah dia akan berjumpa dengan Jamal di mahkamah. 

Jamal menarik perhatian umum selepas dia menganjurkan satu demonstrasi menggunakan keranda dan van jenazah di hadapan pintu pagar bangunan SUK untuk membangkitkan isu penyelewengan dan salahguna kuasa dalam SMUE melibatkan ADUN-ADUN DAP. Beberapa laporan polis turut dibuat dan meminta pihak berkuasa termasuklah SPRM menyiasat dakwaannya itu. (RUJUK SINI)

Datang melawat yer? Bukan serbu?

Tuduhan palsu yer? Tapi marah sebab SPRM siasat!!!


#NEGARAKU: PAKAR-PAKAR PERANG DAN NUKLEAR FB TUKAR KERJAYA LEPAS PM UMUM 9 RAKYAT MALAYSIA DI KOREA UTARA DALAM PERJALANAN PULANG!!!




Sunyi sepi 'newsfeed' selepas Perdana Menteri mengumumkan bahawa kesemua tahanan Malaysia di Korea Utara telah selamat pulang ke tanah air semalam. Mungkin sebab semua pakar-pakar geopolitik/ diplomasi/ perisikan/ ketenteraan sudah menukar kerjaya menjadi pakar RUU, pakar nasi lemak dan pakar buku haram.

USA guna masa 444 hari utk menyelesaikan krisis tebusan Kedutaan USA di Iran. Malaysia hanya guna masa 24 hari. Tak nak puji, tak apa lah.

Apa? Korea Utara tidak seganas Iran? Habis itu, apa yang anda risau sangat sampai meroyan dan melatah di media sosial?

Untuk mengelakkan kejahilan yang sama dari berulang pada masa hadapan, suka cita saya ingin memperingatkan balik anda tentang poin-poin utama isu ini:

Pakar ketenteraan kata, Malaysia tidak wajar mencabar Korea Utara sebab mereka mempunyai peluru berpandu/misil. Kalau tidak mahu diserang nuklear, baik kita diam dan ikut sahaja kehendak mereka.

Saya kata, baik kita memahami motif Korea Utara membangunkan senjata nuklear terlebih dahulu. Itu adalah aset yang paling strategik bagi Korea Utara. Korea Utara tidak membangunkan misil dan nuklear untuk menyerang orang lain, tetapi sebagai 'deterrent' untuk mencegah serangan orang lain. Ia akan hilang nilai strategiknya saat ia mencetuskan perang. Menyerang Malaysia guna peluru berpandu adalah perkara yang paling bodoh boleh Korea Utara lakukan, dan Korea Utara tidak bodoh.


Pakar geopolitik kata, ini adalah rancangan jahat untuk melaga-lagakan Korea Utara dan Malaysia, supaya Malaysia memutuskan hubungan dengan Korea Utara dan menyertai pakatan USA-Korea Selatan untuk memerangi Korea Utara-China-Rusia. 'World War 3' akan bermula. Silap besar Malaysia memperbesarkan hal ini. Malaysia termasuk jerat USA-Korea Selatan.

Saya kata, geopolitik dunia sekarang tidak sama dengan era Perang Dingin yang mempunyai pakatan yang 'rigid'. China tidak sanggup berperang dengan USA demi Korea Utara. USA tidak ingin menghapuskan Korea Utara dan lebih selesa dengan status quo (dua Korea). Rusia tidak mahu bercampur tangan. Kedinamikan sebegini memberi kelebihan kepada Malaysia. Sekiranya berlaku apa-apa di antara Malaysia dan Korea Utara, Malaysia akan disokong oleh semua aktor utama yakni USA, China, Rusia dan Korea Selatan. Korea Utara akan dipulaukan. Usaha Malaysia untuk berbaik-baik dengan semua negara akhirnya 'paid off'.

Pakar diplomasi kata, Malaysia tidak patut berkeras dengan Korea Utara. Simpan 'persona non grata' itu, 'slow talk'. Bagi sahaja apa yang Korea Utara minta.

Saya kata, kalau menyerahkan mayat Kim Jong-Nam macam itu sahaja, jangan mengadu nanti orang menjadikan Malaysia sebagai hab membunuh musuh politik. Kan senang, bunuh dan bawa balik, 'hassle-free'.

Ketegasan ('assertiveness') juga sebahagian daripada diplomasi. Diplomasi bukan hanya berlemah lembut atau 'slow talk' saja. Diplomasi umpama tarik tali atau gusti lengan, ia merupakan pertarungan untuk melihat siapa yang lebih cepat menyerah kalah ('back down'). Lagi cepat kita mengalah, lagi kurang 'leverage' kita dan hasil tidak akan memihak kepada kita. Pihak lawan kita akan lebih menghormati kita kalau kita bertegas.

Negara seperti Korea Utara lebih suka rundingan di belakang tabir, sebab mereka sangat sensitif pasal imej. Rundingan di belakang tabir mesti melibatkan 'give and take'. Usah menimbulkan soal 'jual negara'. Diplomasi tidak jauh berbeza dengan 'buat deal'. Jangan berfikir secara 'zero-sum' (you win, I lose; I win, you lose). Kompromi adalah cara untuk mencapai 'win-win'. Korea Utara boleh buat 'deal' dengan USA, takkan tak boleh dengan Malaysia?

Pakar perisikan kata, ini sebenarnya rancangan Kerajaan untuk memenangi PRU sahaja.

Saya kata, anda belok ke kanan, kemudian jalan terus, lepas itu belok ke kanan lagi. Ada nampak longkang tak. Mohon terjun ke dalam.

Ini bukan 'blind patriotism'. Anda boleh benci PM semahunya, tetapi Korea Utara tidak kisah anda Barisan atau Pakatan, mereka cuma ingat Malaysia senang dibuli dan senang digertak. Mata seluruh dunia tertumpu ke apakah 'next move' Malaysia. Silap langkah, maka kedudukan antarabangsa Malaysia akan berubah buat selama-lamanya. Tak bolehkah anda simpan sinisme dan buruk sangka, dan memberikan sokongan moral kepada mereka yang berada di barisan terdepan?

Rakyat Malaysia sudah berjaya diselamatkan, dengan penuh hormat. Cabaran yang seterusnya adalah untuk memulihkan kepercayaan antara Korea Utara dan Malaysia kembali ke tahap sebelum krisis.

30 Mac 2017, dunia akan ingat, 'Malaysia is a country with sovereignty and dignity, not even a rogue state can breach it’.

COPY PASTE

MAHATHIR LONCAT LAGI BILA 1MDB TIDAK ADA HUTANG BANK TAPI TEKUP TELUR BILA PENDEDAHAN KRONI SAPU UNTUNG BESAR YANG RANAPKAN PROTON!!!



Sebaik sahaja pengumuman dibuat di Dewan Rakyat bahawa syarikat pembangunan stategik kerajaan, 1MDB tidak lagi ada hutang bank atau hutang jangka pendek, terus pengkritik beragenda peribadi Tun Dr. Mahathir Mohamad tampil membuat kenyataan balas dalam blognya.

Begitulah sikap Mahathir, apabila kepentingannya tergugat, beliau akan segera memberi respon.

Perkara yang sama tidak terjadi jika isu tentang dirinya dibangkitkan dan menjadi tular dengan dasyat sekali di kalangan netizen.

Contohnya seperti isu di mana kisah anak buahnya membolot keuntungan dari PROTON. Ia menjadi bualan mulut jutaan netizen tapi Mahathir mendiamkan diri, seperti seorang pekak badak.

Begitu juga apabila ketika kisah lain di mana Mahathir berada di dalam keadaan tersepit, beliau seolah-olah membutakan diri dan enggan mengulas, namun jika kepentingannya tergugat, Mahathir akan melenting.

Kini rakyat sudah faham bahawa 1MDB itu nyawa survival Mahathir. Jika kisah 1MDB selesai maka tamatlah serangan Mahathir terhadap Najib. 1MDB hanya alat sahaja untuk Mahathir menjatuhkan Najib kerana beliau mahu kesinambungan legasi dan menaikkan zuriatnya.

Sebab itulah pihak anti Najib yang diketuai oleh Mahathir masih bergantung harap kepada isu 1MDB. Dalam entri terbarunya bertarikh 30 Mac, Mahathir meletakkan 14 point isu dan persoalan.

Seperti biasa ia masih berbentuk soalan. Dari awal serangan sehingga hari ini masih dalam bentuk soalan dan bukan dalam bentuk pembuktian.

Fahamkah Mahathir, kenyataan yang dibuat di Dewan Rakyat telah direkodkan dalam hansard Parlimen?

Ia tidak boleh lari dari fakta seperti mana isu penyelewengan wang Bank Negara dalam isu FOREX juga. Kes sorok maklumat di bawah karpet seperti kes FOREX kini bakal disiasat.

Sebenarnya Mahathir amat risau beliau akan dilihat sebagai “bodoh” dan “out of tune” jika masih bergantung harap pada isu 1MDB sedangkan ia telah selesaikan masalah hutang jangka pendek dan hutang banknya.

Maka atas sebab itu Mahathir harus terus pura-pura menyoal soalan berprofil tinggi supaya marhaen jalanan yang tidak berapa faham akan percaya kepadanya sambil berkata “jika Tun Mahathir sudah persoal begitu tentulah betul”.

Jika Mahathir menerima hakikat bahawa isu 1MDB telah tamat, ia seperti pengakuan bahawa pelurunya juga sudah kehabisan. Maka orang yang egonya setinggi gunung seperti Mahathir ditambah lagi dengan dendam kesumatnya, ia adalah tamparan yang tidak boleh diterima.

Sebenarnya, Mahathir adalah “the last person” yang layak untuk berbicara berkenaan perniagaan.Di tangannya telah musnah beberapa syarikat termasuklah PROTON.

PROTON yang seusia seorang jekaka 30-an sepatut nya sudah lama bertemu jodoh (auto partner) tetapi atas gangguan beliau, PROTON masih bujang lagi dan tercari-cari teman.

Dan sebagai kejaka berusia 30-an juga PROTON sepatutnya boleh mencari nafkah hidupnya sendiri, tetapi tidak, PROTON masih mengharap wang saku ayahnya (kerajaan), di mana kali terakhir memerlukan RM 1.5 bilion hanya untuk membayar vendor.

Mahathir tahu kerajaan kepimpinan Najib boleh dijadikan bahan kritikan jika tidak membantu PROTON, maka jika rugi pun tidak mengapa asalkan kepentingan “tertentu” kerabat Mahathir tidak tergugat.

Itulah sebabnya Mahathir hilang kelayakan menegur 1MDB. Ini semua belum lagi diambil kira kes kerugian dan kehilangan wang rakyat melalui perniagaan lain yang ada campur tangan beliau sendiri seperti MAS, PERWAJA, MAMINCO dan FOREX.

Semuanya jahanam di tangan Mahathir. Kesimpulannya Mahathir bukan orang yang layak bercerita berkenaan 1MDB kerana seperti ayam jantan yang berkokok ke sana kemari , punggungnya penuh dengan najis, maka begitulah Mahathir sendiri.

Kini hiduplah Mahathir dalam penafian sama seperti pentaksub beliau sendiri, penuh dengan soalan tapi defisit bukti. Rakyat sudah faham, 1MDB itu nyawa Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Tanpanya tiada apa lagi yang boleh dikenakan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tulisan :
Beruang Biru
BB358, Jumaat
31 Mac 2017

Thursday, March 30, 2017

SIBUK NAK PERIKSA PUNGGUNG ORANG, ONG KIAN MING DAN LIM LIP ENG SEBENARNYA MENYINDIR LIM GUAN ENG!!!



Sibuk betul dua orang Ahli Parlimen DAP yang kononnya mahu  menyelamatkan wang rakyat dengan melawat Kediaman Rasmi Speaker Dewan Rakyat untuk memahami bagaimana dana RM1.4 juta telah dibelanjakan bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf. 

Kedua-dua Ahli Parlimen DAP itu, Lim Lip Eng dan Ong Kian Ming mempertikaikan segala aspek penambahbaikan dan pengubahsuaian Kediaman Rasmi Speaker Dewan Rakyat. 

"Matlamat kami adalah untuk menentukan sama ada kerja-kerja itu yang menelan perbelanjaan besar adalah wajar. Kami akan cuba memahami jenis laluan masuk sepanjang 100 meter, pemasangan pagar elektronik, sistem keselamatan dan lampu jalan serta kerja-kerja lain yang berkaitan yang bernilai RM1.4 juta," kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

"Kami juga berharap, lawatan ini akan memberikan beberapa jawapan sama ada memuaskan atau tidak, kepada pengkritik projek ini," katanya lagi yang turut akan diiringi oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming semasa lawawtan tersebut.

Eloklah tu sebenarnya, tapi lebih elok lagi kalau Lim Lip Eng dan Ong Kian Ming buat sekali kerja-kerja kajian yang telah dibayar RM305 juta dan projek Terowong Dasar Laut RM6.34 bilion yang tidak habis-habis semenjak 2013 lalu. Sepatutnya Lim Lip Eng dan Ong Kian Ming cuba memberikan jawapan mengapa dari projek Terowong Dasar Laut yang telah pun menggunakan lebih RM300 juta wang rakyat untuk dibayar bagi kajian semata-mata, ianya kemudian diubah kepada Projek Jambatan Ketiga Pulau Pinang seolah-olah Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba menyelamatkan Lim Guan Eng daripada bermasalah dengan SPRM menerusi penciptaan projek baru semata-mata untuk menutup kehilangan wang rakyat Pulau Pinang. 

Atau pun projek laluan basikal di Pulau Pinang yang menelan kos berjuta-juta ringgit, walaupun sekadar projek mengecat sahaja?


Sebanyak RM305 juta sudah diserah kepada sebuah syarikat, namun Kementerian Kerja Raya (KKR) masih belum menerima laporan kajian kemungkinan projek jambatan ketiga Pulau Pinang.

Malah lebih lucu, pelan reka bentuk terperinci pembinaan laluan ketiga negeri itu konon sebagai menggantikan projek terowong dasar laut pun belum lagi diserahkan oleh pihak kerajaan DAP yang ditadbir Lim Guan Eng.

Perkara itu didedahkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof sambil menegaskan, disebabkan pihak KKR masih belum menerima kajian tersebut, sebarang kelewatan projek bukan disebabkan kesilapan kementerian.

“Hari ini menandakan bakal berakhirnya suku pertama tahun 2017. Kementerian dukacita ingin memberitahu orang ramai khasnya di Pulau Pinang bahawa kami masih belum menerima sebarang kajian projek mega tersebut.

“Justeru, apa-apa kesalahan bagi sebarang kelewatan projek tidak disebabkan oleh kementerian kami,” kata Fadillah. (RUJUK SINI)

Atau barangkali elok juga kedua-dua Ahli Parlimen DAP itu memeriksa kerja-kerja mengecat Pintu Gerbang Darul Ehsan di Lebuhraya Persekutuan yang telah menelan kos RM9.7 juta, jumlah yang majoriti orang beranggapan sebagai sesuatu yang sangat mustahil, melainkan cat yang digunakan itu bersalut emas!

LIM KIT SIANG BETUL PUNYA MARAH KAT ABDUL RAHMAN DAHLAN BILA DISARANKAN LETAK JAWATAN DAN BERSARA!!!



Hampir sepanjang 3 minggu, Lim Kit Siang melihat Pengarah Komunikasi Strategik BN Abdul Rahman Dahlan sebagai musuh utamanya. Lim Kit Siang percaya, Rahman merupakan dalang di sebalik semua masalah yang dihadapi oleh DAP hari ini termasuklah ahli keluar beramai-ramai, anak lelakinya didakwa atas tuduhan rasuah, kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina, pendedahan tentang perangai flip-flop Anthony Loke dan orang DAP yang menyokong PAS serta Hudud sebelum ini. 

Lim Kit Siang tidak dapat menerima hakikat bahkan menafikan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin akar umbi DAP menuntut berlakunya perubahan kepimpinan dalam DAP, sekaligus sudah menyampah dengan penguasaan keluarganya ke atas DAP. 

Menerusi blognya, Lim Kit Siang menulis:

"For instance, I told him that he should not be sabotaging any efforts by DAP grassroots members and leaders who allegedly want a change of DAP party leadership and want me to retire from politics, as this is what he did when he publicly championed their cause – but all these allegations are of course a figment of his imagination!" (RUJUK SINI)

Lim Kit Siang tidak pernah semarah ini untuk isu yang sama bagi tempoh yang lama. 

Tidak cukup dengan Lim Kit Siang, turut menyerang Abdul Rahman Dahlan selama 4 hari berturut-turut adalah Hannah Yeoh, Liew Chin Tong, Lim Guan Eng, P.Ramasamy dan Teresa Kok dari DAP. 

Rahman Dahlan telah menimbulkan kemarahan dan serangan besar ke atas dirinya apabila Abdul Rahman Dahlan meminta Majlis Keselamatan Negara untuk menangani tindakan sabotaj ekonomi negara secara serius dan turut mencadangkan agar Kit Siang bersara dari politik. 

Tidak cukup dengan orang-orangnya dalam DAP, Rafizi Ramli dari PKR turut menyerang Abdul Rahman Dahlan dua kali dalam tempoh 3 hari. 

Betul punya kecik hati si Apek Puaka apabila disuruh letak jawatan. Betul punya kecut perut apabila desakan ke atas Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya tindakan ke atas pensabotaj ekonomi negara diambil.

RUU355: BENARKAH PAS DIKENCING UMNO-BN? ATAU SEBENARNYA PAKATAN TERLEBIH LONCAT?!!




29 Mac 2017, dalam satu sidang media selepas mesyuarat Barisan Nasional, Dato Seri Najib menyatakan bahawa kerajaan BN tidak akan bentangkan RUU355. Selepas kenyataan ini dikeluarkan maka bertepuk dan bersoraklah puak puak pendokong LGBT, homoseksual, liberal dan pluralisme kononnya PAS sudah kena kencing dengan UMNO.

Padahal puak puak itu baru membaca “headline story” sahaja, belum membaca habis lagi kandungan ceritanya. BN telah buat keputusan bersama dalam mesyuarat tentang RUU355. Keputusan dicapai secara sepakat bukannya seperti Pakatan Harapan, hari ini keputusan lain, esok keputusan lain.

BN tidak halang RUU355 untuk dibentangkan secara bersendirian di Dewan Rakyat. Ini yang Dato Seri Najib sebut “rang undang undang ini akan terus menjadi rang undang undang persendirian dan terserah kepada Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat) menentukan. Sekiranya beliau putuskan akan bentangkan, maka ia akan dibentangkan dan beliau akan menentukan peraturan undang undang tersebut”. Ini tidak dibaca habis oleh macai macai pembangkang.

Mereka tidak faham bahawa ada dua jenis usul di Parlimen. Usul kerajaan dan usul persendirian. Pindaan RUU355 dibawa secara usul persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Hadi Awang. Ianya masih kekal sebagai usul persendirian sehingga hari ini mengikut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Perkara ini dibincang dalam DT BN kerana pada 17 Mac 2017 yang lalu, Dato' Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan BN akan membentangkan Pindaan Akta 355 di mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke 13 ini.

Keputusan Dewan Tertinggi (DT) Barisan Nasional memberi maksud; kerajaan tidak akan menjadikan pindaan RUU355 sebagai usul kerajaan.

Hadi Awang akan kekal sebagai pencadang usul ini. Skop perbincangan DT Barisan Nasional malam tadi adalah mengenai dua pilihan :

1) Biarkan Hadi Awang bentangkan di bawah usul persendirian; atau

2) Kerajaan ambil alih dan bentang melalui usul kerajaan

Akhirnya DT BN secara konsensus memilih pilihan pertama dan membuat keputusan untuk tidak membawanya di bawah usul kerajaan. Jadi persoalan kononnya BN menolak RUU355 hanyalah satu dakwaan dan tuduhan puak puak pembangkang sahaja. Lebih teruk puak puak liberal itu menuduh kononnya PAS sudah kena kencing dengan UMNO.

Nasruddin Tantawi, Ketua Penerangan PAS juga sudah bercakap mengenai keputusan DT BN ini. Nasruddin melihat cadangan Dato Zahid untuk BN membentangkan RUU355 adalah sebagai satu pilihan sahaja. Nasruddin menyatakan PAS kekal dengan format pembentangan asal RUU355.

“Pengisytiharan DT BN itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak PAS. Situasinya adalah _"kekal pada format asal"_. Sememangnya, Ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam _'mode standby'_ bagi menghadapi perbahasan di parlimen” ulas Nasruddin Tantawi

Puak liberal dan pluralisme ini meloncat yang bukan bukan. Dulu mereka meloncat kata PAS kena kencing bila Dato Zahid kata BN akan bentangkan RUU355. Kini bila BN tidak bentang dan PAS akan bentang secara bersendirian, mereka meloncat juga kata PAS kena kencing. Puak puak liberal ini yang sebenarnya kencing merata rata. Mereka hilang arah, hilang punca bila melihat ribuan orang Islam bersatu sokong RUU355 di Padang Merbok.

Lebih mereka runsing bila RUU355 ini menjadi medan penyatuan dan kesatuan ummah tanpa mengira parti politik dan warna kulit. Tuduhlah PAS kena kencing dengan UMNO, padahal format asal pembentangan RUU355 tidak pun berubah. Mati kutu lagilah puak puak liberal ini. Apa lagi yang mereka hendak cakap selepas ini?

Tulisan :
Beruang Biru
BB353, Khamis
30 Mac 2017

WALAUPUN TIDAK DIAMBILALIH OLEH BARISAN NASIONAL, PAS TETAP AKAN BENTANG RUU355 DI PARLIMEN!!!



PAS akan tetap meneruskan pembentangan usul persendirian rang undang-undang pindaan Mahkamah Syariah (Akta Mahkamah Syariah) atau RUU355 walaupun Kerajaan memutuskan untuk 'memulangkan' kembali usul tersebut kepada Presiden PAS untuk dibentangkan sebagai usul persendirian. Apatah lagi Usul tersebut asalnya dibuat oleh PAS sendiri.

Ketua Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, dia sudah 'menjangkakan' keputusan tersebut akan dibuat oleh Barisan Nasional. 

"Kami tahu Barisan tidak akan membentangkan Usul ini kerana mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong atau mengundi Usul ini," katanya. 

Najib Abdul Razak pada malam Rabu mengumumkan, Kerajaan tidak akan mengambilalih Usul Persendirian PAS untuk meminda akta berkenaan. Menurut Perdana Menteri, keputusan tersebut selari dengan prinsip konsensu di dalam Barisan Nasional sambil menambah Usul berkenaan akan kekal sebagai Usul Persendirian sekiranya dibentangkan di Dewan Rakyat. 

Ekoran itu, Mahfodz berkata, PAS akan kembali kepada pelan asal, yang membolehkan Presidennya, Abdul Hadi Awang yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang untuk membentangkannya di Parlimen. 

Menurut Mahfodz, walaupun kelihatan mustahil untuk Usul tersebut diluluskan, tetapi dia percaya, Usul tersebut telah pun mencapai kejayaan ekoran kebenaran Speaker untuk sebutannya sebanyak dua kali sebelum ini di Parlimen. 

"Kami berhadapan dengan pelbagai kesulitan untuk membawa Usul ini ke Parlimen sebelum ini, tetapi sekarang ia dibenarkan untuk dibentangkan dan dibahaskan. Sekalipun kami juga tahu, ia sukar untuk untuk dimenangi, tetapi ia sudah pun menunjukkan kemajuan."

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama, Nasruddin Hassan berkata, PAS tidak terkejut dengan keputusan Barisan. Menurutnya, satu-satunya perbezaan sama ada Usul tersebut dibentangkan oleh Kerajaan atau PAS ialah keutamaannya dalam senarai Kertas Senarai Parlimen. Kalau dibentangkan oleh Kerajaan, ia akan diberikan keutamaan, manakala seandainya dibentangkan oleh PAS, bergantung kepada budibicara Speaker. Proses seterusnya adalah sama, iaitu bahas dan undi sebelum dibuat Bacaan Kali Kedua yang juga akan dibahas dan diundi sebelum Bacaan Kali Ketiga yang turut akan dibahas dan diundi di Dewan Negara.

PKR DAN AMK JADI SYAITAN APABILA KERAJAAN UMUMKAN TAK JADI BENTANG RUU355 DAN SERAH BALIK KEPADA PAS UNTUK PEMBENTANGAN KALI PERTAMA!!!



RUU355 hangat kembali!

Ini adalah ekoran kenyataan Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional bahawa Barisan Nasional yang merupakan Kerajaan tidak akan membentangkan RUU355 sebaliknya menyerahkan kembali kepada PAS untuk membentangkannya sebagai usul persendirian sama seperti sebelumnya. Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira konsensus antara parti-parti komponen BN.

Kenyataan tersebut bertentangan dengan kenyataan awal yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa BN akan mengambilalih pembentangan tersebut dari PAS bagi membolehkan usul tersebut didahulukan bagi tujuan perbahasan dan kelulusan.

Keadaan tersebut membuatkan PKR melihatnya sebagai peluang untuk kembali memujuk PAS bersama-sama PKR dan 'meninggalkan' UMNO. AMK dalam satu kenyataan menyatakan, PAS telah dipermain-mainkan oleh UMNO walaupun pada ketika kenyataan bahawa BN akan mengambilalih pembentangan RUU355, AMK bertegas mengatakan PAS telah menjadi sebahagian daripada UMNO, manakala PAN pula menuduh, itu adalah bukti PAS bersekongkol dan menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

AMK meminta PAS agar 'membuang yang keruh, ambil yang jernih' ekoran keputusan Perdana Menteri itu dan menyeru PAS kembali bertahaluf siyasi dengan PKR untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Kalau ikutkan PKR dan AMK, RUU355 memang dah hancurlah. BN (baca UMNO) dah tipu PAS. Tapi seperti yang dikatakan oleh Nasruddin Tantawi dalam kenyataan terbaharunya, kalau PAS bentang, BN dikatakan telah menipu PAS. Kalau BN bentangkan di Parlimen, PAS pula dituduh telah menjadi komponen BN dan telah makan dedak UMNO.

Hakikatnya, ramai yang keliru bahkan sewenang-wenangnya membuat andaian dan kesimpulan seolah-olah RUU355 telah ditolak oleh kerajaan sebaliknya kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang akan dibawa dan dibentangkan oleh PAS.

Pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen bermakna versi RUU355 yang dicadangkan oleh PAS akan terbuka kepada perbahasan dalam Dewan Rakyat. Apabila dibahaskan, maka terserahlah kepada proses demokrasi berparlimen untuk membincangkan secara pro dan kontra setiap aspek dalam pindaan yang dicadangkan.

Sekiranya RUU355 diterima kelak selepas dibahaskan dengan majoriti mudah (walaupun hanya kelebihan satu undi berdasarkan kehadiran Ahli Parlimen waktu pengundian), maka RUU ini akan berpindah menjadi RUU Kerajaan.

Bila dah jadi RUU kerajaan maka prosesnya ialah Kerajaan berhak meneliti kembali aspek-aspek di dalam cadangan awal pindaan yang dibuat oleh PAS sama ada untuk meminda bagi tujuan menambah baik atau kekal sebagaimana versi RUU persendirian.

Setelah Kerajaan meminda dan menambah baik RUU355 ini, maka notis akan diserahkan kembali kepada Parlimen sebagai Bacaan Kali Kedua RUU355 bagi tujuan dibahaskan buat kali kedua. Seandainya diluluskan, barulah akan menjadi Bacaan kali ketiga dan dibawa ke peringkat Dewan Negara pula untuk dibahaskan.

Pastinya kerajaan akan mengambil kira faktor rakyat berbilang agama di negara ini, selain mengambil kira pelbagai faktor lain termasuklah yang menjadi polemik dan kekeliruan di kalangan rakyat terhadap cadangan pindaan RUU355 versi PAS.

Kerajaan yang samalah yang telah berusaha memartabatkan institusi mahkamah syariah semenjak Akta 355 diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1965 sebelum dipinda buat kali pertama pada tahun 1984 dan pindaan kali kedua pada tahun 1989.

Semenjak tahun 2007 pula, Kerajaan yang sama jugalah yang menubuhkan jawatankuasa mengkaji pindaan Akta 355 walaupun mungkin berbeza daripada versi yang dicadangkan oleh PAS.

Jadi, tiada masalah sekiranya RUU355 kekal sebagai usul persendirian yang akan dibentangkan oleh PAS selepas penambahbaikan seperti yang dikatakan oleh Presiden PAS dibuat. Ini adalah kerana jikalau dibahaskan dan dipersetujui nanti, Kerajaan jugalah yang akan membentangkannya semula ke Parlimen.

Tindakan PKR dan AMK yang terlebih awal meloncat sebenarnya menunjukkan betapa terdesaknya parti tersebut mahu mendapatkan kembali PAS bagi kepentingan kewujudan mereka sendiri. Ia langsung tidak kena-mengena dengan pemerkasaan Akta Mahkamah Syariah yang mereka tentang kerana DAP menentang!


Tuesday, March 28, 2017

PKR BERMASALAH LAGI BILA EMPAT PAS KAWASAN DI TERENGGU SEBULAT SUARA MAHU PAS PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR!!!



Empat kawasan PAS di Terengganu yang selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan, sebulat suara meluluskan usul agar parti itu memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS negeri Satiful Bahri Mamat berkata 4 kawasan itu ialah Marang, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

“Itu adalah suara di peringkat akar umbi. Mereka berhak mencadangkan usul itu untuk perhatian pemimpin tertinggi parti pada Muktamar PAS nanti, seterusnya keputusan akan dimuktamadkan oleh majlis syura.

“Bagi PAS Terengganu, kita buka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk akar umbi menyuarakan pendapat mereka pada mesyuarat agung tahunan… seterusnya mengusulkan perkara itu ketika Muktamar PAS berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah pada 28 April depan,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Ditanya mengenai keputusan 4 lagi kawasan iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu, Satiful berkata keempat-empat kawasan itu sudah selesai mengadakan mesyuarat agung sebelum isu kerjasama dengan PKR kembali hangat diperkatakan.

Beliau berkata usul untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR bukanlah sesuatu yang baharu memandangkan usul itu pernah dikemukakan oleh wanita PAS pada muktamar tahun lalu.

“Bagaimanapun, usul itu tidak mendapat respons ketika itu. Namun kali ini mungkin ada reaksi sekiranya banyak kawasan yang sepakat untuk membawa usul tersebut,” katanya.

Ketika ditanya adakah PAS akan terjejas pada pilihan raya umum ke-14 akan datang sekiranya majlis syura bersetuju untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR, Satiful berkata PAS Terengganu dijangka tidak mempunyai masalah besar dalam hal itu.

“Terengganu tak ada masalah sangat, tapi tak tahu di negeri lain macam Selangor. Tapi ini perkara yang berbeza kerana sekarang adalah hubungan antara parti dengan parti, bukan PAS dalam kerajaan,” katanya.

Semalam, 12 daripada 13 kawasan PAS di Pulau Pinang turut meluluskan usul menamatkan kerjasama dengan PKR.



SELEPAS TERESA KOK DAN YEO BEE YIN, JAMAL DEDAH PULA SALAHGUNA KUASA DAN SELEWENG DUIT YAWAS OLEH NG SUEE LIM, ADUN DAP SEKINCHAN!!!



Selepas Teresa Kok dan Yeo Bee Yin sehingga membuatkan mereka terpaksa mengangkut fail dan mahu membuktikannya di hadapan wakil media, bukannya kepada SPRM, kali ini Jamal Mohd Yunos menghalakan pula pendedahan ke atas ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim.

Pagi tadi, jam 10:20 pagi, Jamal membuat dua laporan polis di Balai Polis Sekinchan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang didakwa dilakukan oleh ADUN Sekinchan itu.

Turut bersama-samanya adalah Penasihat Undang-Undangnya, Mohd Imran Tamrin dan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Besar, Ng Boon Kiong. Seramai 200 orang penyokongnya turut mengiringinya.

Menurut Jamal, dia mempunyai bukti-bukti kukuh menerusi dokumen setebal 78 muka surat yang mendedahkan skim khairat kematian yang diberikan kepada waris yang telah meninggal dunia sebanyak RM2500 untuk rakyat Selangor telah disalahguna. (RUJUK SINI)

Perkara tersebut telah berlaku semenjak 9 tahun lalu.

"Ini bukanlah fitnah dan andaian semata-mata. Kami buat laporan berdasarkan dokumen termasuklah laporan buku aliran tunai," katanya. 


Menurut Jamal, terdapat pengeluaran berjumlah puluhan ribu dari Mesin Juruwang Automatik (ATM) pada setiap bulan. Dia turut mendakwa, selama ini dia sering mendapat laporan dan aduan tetapi tidak mempunyai bukti.

"Mereka mengadu menandatangani borang RM1,000 tetapi mereka hanya mendapat RM500... kita ada senarai tersebut," katanya. 

Menurutnya lagi, terdapat puluhan waris yang layak membuat tuntutan tetapi tidak memperolehi manfaat di DUN berkenaan. 

"Saya sendiri menghubungi penama-penama berkenaan dan membawa mereka yang telah disenaraikan namanya untuk membuat laporan polis."

Jamal mendakwa Suee Lim telah mengeluarkan wang peruntukan Yawas puluhan ribu ringgit yang digunakan untuk kepentingan peribadi.

"Saya ingin bertanya kepada Suee Lim mengapa mengeluarkan duit daripada ATM (mesin pengeluaran automatik) bank lebih daripada sepatutnya yang diberikan kepada waris-waris yang meninggal dunia di bawah Skim (Mesra Usia Emas (SMUE).

"Wakil rakyat Ng Suee Lim daripada DAP ini adalah seorang yang tidak amanah dan jujur... saya berani berkata demikian dan saya sedia menunggu surat saman daripada Suee Lim jika saya berbohong," katanya. (RUJUK SINI)

Jamal yang mengakhiri ucapannya itu kemudiannya dilihat masuk ke balai polis dan dijangka sidang media akan diadakan selepas laporan polis dibuat.

Sebanyak dua laporan polis dibuat di balai polis itu kira-kira jam 10.20 pagi tadi.

Jamal berkata, dijangkakan lebih daripada 100 laporan polis akan dibuat di balai polis berhubung penyelewengan yang berlaku di Dun itu dalam waktu terdekat ini.

SELEPAS PRESIDEN PAS DENGAN ANALOGI 'BIAWAK', KINI MUNCUL PULA ANALOGI 'BABI' YANG LEBIH SADIS!!!



Selepas BIAWAK, kali ini BABI pula yang telah menimbulkan polemik dan sudah pastilah akan mengecilkan hati banyak pihak, khususnya para pemimpin DAP.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Dato Haji Nassuruddin Daud, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga musuh ketat Husam Musa. Kenyataan tersebut kemudiannya dipetik dan dimuatnaik di laman Facebook peribadi Nik Abduh. (RUJUK SINI)

"Tok Guru tinggalkan sebuah kebun yang cantik dan suruh kita pakat-pakat jaga jangan bagi babi masuk. Ini tidak,, dia keluar (PAS), kerjanya tarik babi masuk kebun nak rosakkan pokok-pokok itu"

Kenyataan BIAWAK HIDUP telah menyebabkan Azmin Ali berkecil hati dan 'menasihati' Presiden PAS agar menuturkan kata-kata yang lebih bertamadun dan bersopan walaupun dia sendiri seorang yang biadap. 

Kenyataan terbaharu ini sudah pasti akan menyebabkan ramai yang akan menyalahkan Nik Abduh walaupun kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Nassuruddin yang kemudiannya dipetik oleh admin FB Nik Abduh. 

Nik Abduh ketika ini dilihat sebagai sandaran terbaik untuk PKR dan DAP serta PAN menyerang PAS. Di sebalik usaha-usaha Husam Musa untuk menunjukkan dan membuktikan dia lebih rapat dengan Allahyarham Nik Abdul Aziz, Nik Abduh seperti yang diketahui merupakan antara faktor utama yang telah menyebabkan Nik Aziz menjauhi Husam Musa pada saat-saat akhir selain perubahan sikap yang agak ketara dalam hubungan PAS-UMNO.

Siapakah yang terlibat dalam 'analogi' BABI itu?

Kita tunggu orang berkenaan memberikan ulasan. 


SELEPAS DR. MAHATHIR, ANTHONY LOKE MENGANJING-ANJINGKAN PULA MUHYIDDIN YASSIN!!!



Anthony Loke sekali lagi MENGANJING-ANJINGKAN sahaja pemimpin dari parti Cap Bunga. Selepas Dr. Mahathir, kini giliran Muhyiddin Yassin pula, sekaligus menunjukkan dan membuktikan siapa sebenarnya yang lebih berkuasa di dalam Pakatan.

Di sebalik kenyataan Anthony Loke kononnya semua parti di dalam Pakatan Harapan adalah sama, DAP sebenarnya yang membuat keputusan, bahkan pembahagian kerusi pun diputuskan oleh DAP, bukannya secara usahasama atau keputusan bersama.

Jelas dalam memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh Presiden PKR dan PAN yang mengapit Setiausaha Agung DAP, parti chauvinist yang sehingga ke hari ini cuba membengkokkan sejarah pembabitan mereka dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969 mengikut acuan dan retorik mereka sendiri, keputusan diatur dan dibuat oleh DAP.

Pada perenggan terakhir persetujuan tersebut, jelas menyatakan semua kerusi bandar akan ditandingi oleh pemimpin-pemimpin utama DAP. Manakala kawasan-kawasan luar bandar yang akan mendapat tentangan sengit dari PAS dan Barisan Nasional, DAP tidak akan letak calon.

Dengan kata lain, DAP berjaya memaksa Wan Azizah dan Mat Sabu untuk bersetuju bahawa jaminan kemenangan perlu diberikan kepada DAP walau apa cara sekalipun.


Cap Bunga pula, tidak termaktub dalam perjanjian berkenaan. Ini adalah kerana Cap Bunga dilihat sebagai parti yang tidak menentu yang modal hujah tidak boleh keluar dari Najib penipu, Najib perompak, Najib pencuri, RM2.6 bilion dan 1MDB. Manakala pertanyaan balas bagaimana selama 22 tahun Mahathir mengkayakan kroni dan anak-anaknya menggunakan wang negara terutama sekali wang Petronas dan KWSP, langsung tidak dijawab.

Usul daripada Muhyiddin Yassin agar Cap Bunga mengetuai Pakatan Harapan kononnya parti yang berteraskan Melayu akan lebih mudah mendapat sokongan daripada rakyat, sebenarnya sekadar menekan mata keris di punggung sendiri. Sudah pastilah, DAP yang telah menikmati kuasa mengetuai Pakatan semenjak dari zaman Anwar Ibrahim lagi, tidak akan berkompromi dalam hal tersebut. Sedangkan ketika mereka minoriti pun mereka tetap tegas mempertahankan supremacy DAP, apatah lagi ketika mereka sedang kuat sekarang ini.

Amaran Anthony Loke, TIADA ABANG BESAR dalam Pakatan Harapan, bermakna tiada satu pun dari kalangan PKR, PAN atau Cap Bunga yang boleh berangan-angan untuk merampas kuasa DAP!

DAP MEMERINTAH!!!


Monday, March 27, 2017

PATUTLAH AZMIN ALI GEMENTAR SELURUH TUBUH, RUPA-RUPANYA PAS NAK BERTANDING DI SEMUA KERUSI DUN SELANGOR!!!



Tidak menghairankan apabila Azmin Ali berkata, PKR tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR di Selangor. Di sebalik sindiran kerasnya terhadap PAS terutama sekali Nik Abduh dan kecik hatinya terhadap gelaran BIAWAK oleh Presiden PAS, rupa-rupanya ada sesuatu yang lebih menakutkan sehingga terpaksa Azmin Ali mengubah fikirannya serta-merta tentang hubungan antara PAS dan PKR. 

Rupa-rupanya Azmin Ali 'NGERI DAN GENTAR' apabila ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi berkata, PAS akan meletakkan calon-calonnya untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor.


Menurut Sallehin, PAS tidak takut dengan kekalahan kerana kalah menang bukanlah masalah utama PAS. Bahkan PAS menyerahkan semua urusan kalah menang kepada Allah Taala.

"Orang kata pelik, pelik macam mana kita nak menang. Tidak boleh menang, pelik. Kita percayaan pada saat kepelikan Allah turunkan kemenangan. Sepatutnya bagi orang-orang yang beriman ketika akal tidak mampu berfikir itulah yang mendekatkan kita kepada kemenangan yang hampir dan Allah tidak mitna kita fikir tentang janji-Nya, tentang janji kemenangan," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Dungun kali ke-58 di Dewan Masjid Pinang Merah, Paka pada Sabtu, 25 Mac lalu. (RUJUK SINI)

Kenyataan yang dibuat oleh Sallehin benar-benar mengancam kewujudan PKR di Selangor. Selama ini, PKR menjadi mewah kerana Selangor walaupun PKR sebenarnya parti paling minoriti dalam Pakatan. 


Keputusan PAS untuk meletakkan semua calon di kerusi DUN Selangor terutama di kerusi-kerusi bermajoriti Melayu atau mempunyai peratusan Melayu ramai, sudah pasti akan menyebabkan PKR yang selama ini tidak banyak bekerja dengan orang ramai, tetapi sekadar berkokok dan beretorik menerusi media selain mengharapkan sepenuhnya PAS melaksanakan kerja-kerja mereka, akan berhadapan dengan kesukaran mempertahankan kemenangan pada 2008 dan 2013. Banyak kerusi DUN yang disandang oleh PKR sekarang ini, terhasil daripada kerja-kerja PAS. Kehilangan lebih separuh dari kerusi DUN Selangor yang dimiliki oleh PKR hari ini, akan menyebabkan Azmin Ali menjadi seorang Nizar Jamaluddin yang akan meroyan dan masih gila bayang dengan jawatan Menteri Besar.

Jadi, tidak hairanlah mengapa Azmin Ali mula mempamerkan sikap lembut terhadap PAS walaupun pada masa yang sama, dia tidak juga berani membantah apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh DAP terutama sekali Lim Kit Siang.


BARU SURAT TUNJUK SEBAB, BELUM LAGI DIBERSARAKAN AWAL, GURU-GURU PRO PEMBANGKANG SUDAH MULA PANAS PUNGGUNG!!!



Seperti penghujung tahun 1990-an di mana kebanyakan kakitangan awam masih lagi bergaji kecil dan tidak mempunyai manfaat serta keistimewaan besar seperti yang dinikmati di bawah pentadbiran Abdullah Badawi dan terlebih-lebih lagi di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak, ramailah penjawat awam terutama guru-guru yang berjiwa pembangkang mula naik angin dengan kenyataan keras oleh Menteri Pelajaran, Mahdzir Khalid. Apatah lagi dengan kenyataan terbaharunya bahawa 5 orang guru telah diberikan surat tunjuk sebab selepas mereka didapati berceramah dan di atas pentas ceramah parti pembangkang.

Beberapa pihak terutama dari pembangkang, mula bercakap tentang betapa tidak adilnya pihak kerajaan menyekat kebebasan bersuara guru-guru terbabit. Malah kerajaan juga diminta bersikap lembut dan terbuka dengan guru-guru atau kakitangan awam yang bersifat vokal terhadap kerajaan.

Pada ketika kebanyakan kakitangan awam di seluruh dunia tertakluk dengan perintah awam atau pekeliling kerajaan masing-masing, di Malaysia pula kakitangan awamnya diharapkan diberikan sebebas-bebasnya.

China dan blok komunis paling keras terhadap kakitangan awam yang bersifat vokal. Kalau bukan hukuman mati, mereka akan dihadiahkan dengan hukuman penjara dan kerja berat.

Amerika Syarikat sendiri memilih kakitangan awam yang tidak vokal. Singapura sebagai contoh terdekat turut membuang dan mengenakan tindakan tatatertib keras terhadap kakitangan awam yang memburuk-burukkan kerajaan.

Sebenarnya tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan hari ini adalah selaras peraturan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr Mahathir pada tahun 2001.
Peristiwa reformasi yang dicetuskan Anwar Ibrahim pada 1999 telah mencetuskan satu gelombang politik baru di Malaysia. Anwar bukan saja dapat menarik sokongan org biasa untuk berlawan dengan Dr Mahathir. Anwar juga dpt menarik kakitangan2 kerajaan utk bersamanya bagi menentang Dr M.
Tindakan kakitangan kerajaan menentang kerajaan telah memberi ingauan buruk terhadap Dr M. Apa lagi selepas keputusan PRU 1999.
Lantas diperkenalkan olehnya suatu benda yg bernama AKUJANJI. Dimana kakitangan kerajaan diwajibkan bersumpah utk taat setia kpd kerajaan. Siapa yg langgar AKUJANJI akan dikenakan tindakan sebagaimana yg mereka ikrar dlm perjanjian itu. Pada masa itu juga ada berlaku kebocoran keluar dokumen2 kerajaan. Termasuklah bukti rasuah 6 kotak yg didendangkan Ezam.
AKUJANJI telah menimbulkan masalah kpd Cuepacs dan kakitangan2 kerajaan. Tapi biasalah....siapa berani lawan Dr M. Akhirnya AKUJANJI dilaksanakan juga pada 2002.
Semua kerajaan negeri2 juga ikut sama dlm melaksanakan AKUJANJI terhadap kakitangan mereka. Pada masa itu Terengganu diperintah oleh Pas. Negeri itu enggan melaksanakan AKUJANJI. Kerana mahu memberi kebebasan kpd kakitangan kerajaan negeri mereka. (RUJUK SINI)

Apa yang dilakukan oleh pentadbiran Turki yang diketuai oleh Recep Tayyib Erdogan, yang memecat lebih 30,000 orang kakitangan awam di negara tersebut yang terbukti tidak menyokong kerajaan, sepatutnya membuka lebar-lebar mata kakitangan awam di negara ini.

Apatah lagi terdepat lebih 200,000 orang dalam senarai menunggu untuk menjadi guru atau lebih 1 juta orang rakyat Malaysia yang memohon menjadi kakitangan kerajaan, seharusnya menjadikan mereka tidak berada dalam zon selesa kerana tugas mengekalkan jawatan dan manfaat daripada perkhidmatan awam kini telah menjadi satu pertandingan.

DAP menerusi Tony Pua sendiri sudah berkali-kali memberitahu iltizam mereka sekiranya pembangkang berjaya mengambilalih Putrajaya, tugas pertama yang akan mereka lakukan ialah memecat 80% daripada kakitangan awam di Malaysia yang disifatkan sebagai MAKAN GAJI BUTA.

Mungkin kakitangan awam yang begitu aktif menyokong pembangkang menerusi media-media sosial termasuklah Facebook dan WhatsApp berasa selamat kerana mereka masih tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib, tetapi dalam jangka panjang, tatkala ada perubahan pentadbiran, mereka akan menjadi sasaran utama walaupun mana-mana pihak menjadi kerajaan sekalipun.

Jadi, tidak perlulah menyalak dan memekak dan tidak perlulah juga seronok dengan 'sokongan' yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang dalam isu ini kerana nama mereka sudah pun ada dalam 'senarai'.

Bukankah lebih baik sekiranya mereka menunaikan amanah yang diaku janjikan dengan sebaik-baiknya dan memilih parti-parti kesukaan di atas kertas-kertas undi pada hari Pilihanraya tanpa perlu menunjukkan kecenderungan semasa bertugas?


SEBAGAI BIAWAK HIDUP, AZMIN ALI KECIL HATI BILA HADI AWANG DEDAHKANNYA SEBAGAI BIAWAK!!!



Tahu pula Azmin Ali kecik hati...

PERKATAAN BIAWAK HIDUP yang dilafazkan oleh Presiden PAS, benar-benar mengecilkan hati Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. 

Katanya, walau berhadapan dengan musuh paling ketat sekalipun, gunalah perkataan yang lebih bertamadun. 

Eh, eh, dia menyindir dan mencela Nik Abduh, boleh pulak. Orang kata kata dia, dia kecik hati. 

Jenis apa dia ni? Tak hentak kaki ke sebab marah dan kecik hati?

Azmin kemudiannya menasihati Abdul Hadi Awang agar lebih bertamadun ketika bercakap. 

BIAWAK HIDUP yang dituturkan oleh Abdul Hadi Awang adalah salah satu perumpamaan dalam Bahasa Melayu yang tidak menjurus kepada perkataan cela atau maki hamun dan bermaksud sesuatu yang menyusahkan diri sendiri. Sama ada Azmin Ali jenis BANGANG BAHASA MELAYU atau terpaksa pura-pura bangang demi mengambil dan menjaga hati para pemimpin DAP yang amat diketahui, kebanyakan mereka sangat asing dengan Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan dan merupakan syarat kepada status kewarganegaraan seperti yang termaktub dalam Perkara 16, Perkara 16A dan Perkara 19.

Abdul Hadi Awang berkata, bekerjasama dengan UMNO-BN samalah seperti MENANGGUNG BIAWAK HIDUP manakala dengan Pakatan (DAP-PKR-PAN-Cap Bunga), BIAWAKnya jauh lebih besar.


Presiden PAS menggunakan analogi berkenaan apabila menjawab pertanyaan parti manakah yang PAS akan bekerjasama pada PRU akan datang selepas Abdul Hadi membayangkan berulang-ulang kali bahawa PAS akan bersendirian pada PRU akan datang.

"Kita kena guna perkataan yang melambangkan ketamadunan, lembut dan dihormati. Walaupun kita sedang berkelahi dengan musuh, tak perlu menjadi biadap," kata Azmin Ali tanpa merujuk kepada perkataan-perkataan yang ditulisnya untuk Nik Abduh.

Menurutnya, tidak perlu menggunakan analogi 'BIAWAK'. 

Hubungan antara PAS dan PKR semakin meruncing dengan beberapa Kawasan PAS terutama di Pulau Pinang, meluluskan resolusi memutuskan hubungan dengan PKR.

SEBAGAI SEEKOR BIAWAK, Azmin Ali tahu, tanpa TANGGUNGAN PAS, dia akan tersungkur dan kehilangan jawatan Menteri Besar Selangor yang berpendapatan sangat lumayan!!!

Tu yang dia panas sangat bila dipanggil BIAWAK!

AZMIN ALI malu sebenarnya sebab KEBIAWAKANNYA terdedah...


KIT SIANG MAKIN MARAH DENGAN HADI AWANG BILA HADI AWANG KATA DAP ADALAH BIAWAK HIDUP YANG LEBIH PARAH!!!



Eh, eh... marah pula Kit Siang kat Hadi Awang bila pujukan demi pujukan Pakatan termasuklah Kit Siang dan Dr. Mahathir, tidak diendahkan oleh Hadi Awang. Gertakan dan ugutan oleh Lim Guan Eng juga diperemeh-remehkan oleh Hadi Awang, membuatkan Kit Siang berasa perlu untuk dia campurtangan bagi memastikan PAS dan Hadi Awang akan mengikut telunjuknya.

Nampak jelas bagaimana Kit Siang sangat tidak yakin kemampuan partinya sendiri tanpa dokongan PAS sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 sehingga 2013 sehingga membolehkan DAP berlagak angkuh dan bersikap seperti tuan besar. Apatah lagi suasana di kalangan pengundi-pengundi Cina sendiri sangat muram terhadap DAP berbanding waktu-waktu keemasan DAP.

Kalau kita lihat di media-media sosial, para penyokong mahupun petugas-petugas propaganda DAP tidak seaktif dahulu. Mereka sekadar berkitar-kitar sesama sendiri, tidak lagi menerjah pihak lawan sebagaimana yang mereka sering lakukan pada tahun 2008 dan 2013. Apatah lagi sekarang ini, jumlah pengguna media sosial dari masyarakat Cina yang tidak lagi sembunyi-sembunyi, sebaliknya menghentam kepimpinan DAP terutama sekali Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang tanpa segan silu. Banyak pendedahan tentang Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang yang mereka lakukan, sama ada menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris apatah lagi Bahasa Cina di media-media sosial.


Justeru, Lim Kit Siang dan DAP mencari-cari pergantungan untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu yang selama ini mereka perolehi daripada PAS. Apabila PAS diterajang keluar dari Pakatan yang diketuai oleh DAP, DAP pada mulanya mengharapkan PAN dan kemudian Cap Bunga yang mempunyai nama-nama besar seperti Dr. Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin untuk menggantikan PAS, namun akhirnya sedar, PAN dan Cap Bunga tidak lebih daripada sekadar penumpang dan liabiliti kepada DAP walaupun mereka mendakwa mempunyai kekuatan yang tiada tolok bandingan.

Kenyataan demi kenyataan keras yang dikeluarkan oleh Hadi Awang, termasuklah perkataan BIAWAK HIDUP terhadap Pakatan yang diketuai oleh DAP, benar-benar menconteng arang ke muka Kit Siang.

Pujukan sudah tidak jalan, jadi, taktik yang boleh digunakan sekarang adalah memalukan PAS. PAS dituduh bekerjasama dengan UMNO. PAS dituduh menjadi sebahagian dan pemakan dedak UMNO. Abdul Hadi Awang dituduh membela Najib. Abdul Hadi Awang dituduh mahu membawa PAS masuk dan menyertai Barisan Nasional.


Tuduhan-tuduhan tersebut bukan sahaja dinafikan oleh Abdul Hadi Awang dan PAS tetapi semakin menunjukkan betapa terdesaknya DAP untuk kembali mendapatkan dokongan PAS, terutama dalam misi besar DAP menguasai Kedah dan Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, PAS pula menunjukkan mereka semakin 'sombong' dengan Pakatan DAP apabila beberapa Kawasan mulai bertindak memutuskan hubungan dengan PKR. Kedudukan DAP di Selangor sendiri sudah semakin genting.

Jadi tidak hairanlah mengapa Kit Siang marah sangat dengan Abdul Hadi Awang!




KEDAH JADI TUMPUAN PAKATAN HARAPAN UNTUK DITAWAN DENGAN LIM KIT SIANG MISI BESAR SEBAGAI CALON PARLIMEN ALOR STAR!!!



Kedah sekarang menjadi tumpuan DAP, PKR, PAN dan Cap Bunga. Kalau tanya para penyokong, mereka sangat yakin Kedah akan mereka kuasai pada PRU akan datang. Semua nama-nama besar kecuali Lim Guan Eng, telah menjejakkan kaki ke Kedah untuk berkempen. Sehinggakan Azmin Ali yang sedang hangat di Selangor pun, turut masuk ke Kedah, bertemu dengan para pesawah untuk menghasut mereka agar menyokong Pakatan yang akan diketuai oleh DAP.

Paling menarik ialah apabila DAP pun sudah berani masuk ke FELDA. DAP yang sangat diketahui memusuhi dan membenci para peneroka FELDA, sekarang ini cuba memujuk masyarakat FELDA agar menyokong mereka sepertimana yang berlaku di Lubuk Merbau.

PAN pula bersungguh-sungguh mahu merampas kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai kubu kuat PAS. PAN mahu membuktikan kepada taukeh besar mereka, DAP, yang mereka memang sangat kuat di Kedah sepertimana kuatnya mereka di Kelantan.

Manakala Cap Bunga pula, sudah tentulah mahu menjadikan dan membuktikan Kedah adalah kubu kuat mereka, bersandarkan kepada Mahathir adalah orang Kedah, manakala anaknya, Mukhriz pula adalah bekas Menteri Besar Kedah.


Ada juga ura-ura Lim Kit Siang akan mengalihkan kawasan yang akan ditandinginya dari Gelang Patah ke Alor Star. Sebabnya mudah, di Gelang Patah, Lim Kit Siang melihat bagaimana dia dimalukan kerana tidak pernah melawat kawasan selepas menang pada PRU-13 lalu. Dia terlalu sibuk dengan kawasan-kawasan lain. Perpindahan pengundi ke Gelang Patah yang dilakukan secara giat oleh DAP sebelum SPR memperketatkan undang-undang dan mengambilalih tugas mendaftar para pengundi daripada parti-parti politik, telah cukup meyakinkan DAP dan Lim Kit Siang bahawa Gelang Patah sememangnya menjadi hak milik mutlak DAP. Apatah lagi majoriti kemenangan DAP di Gelang Patah pada PRU lepas sangat besar jumlahnya.

Alor Star baru sepenggal di tengah Goh Hooi. Bagaimanapun Ahli Parlimen PKR itu, sama seperti Lim Kit Siang, tidak pernah berada di Alor Star. Tidak pernah ambil tahu apa yang berlaku di Alor Star. Hanya mula bersuara pada akhir-akhir ini sebagai menandakan dia masih hidup dan masih bernafas walaupun dia tidak pernah ada di Alor Star.


Misi mengekalkan kerusi-kerusi ibu negeri di tangan DAP perlu melibatkan Alor Star. Alor Star, Kangar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan dan Kuala Terengganu sudah pun berada di dalam radar DAP untuk PRU akan datang. Begitu juga dengan Shah Alam. PKR, PAN dan PAS yang sekarang menyandang kerusi-kerusi berkenaan, perlu 'bertolak ansur' dengan DAP. Manakala kerusi-kerusi yang disandang oleh UMNO pula, akan ditandingi oleh PAN atau PKR pada mulanya dan selepas itu, barulah DAP akan masuk jarum sebagaimana yang mereka cuba lakukan di Alor Star.

PRU-14 bagi Pakatan DAP-PKR-PAN-Cap Bunga akan bermula di Kedah!

Maka atas sebab itulah, Mahathir dan Mukhriz bersungguh-sungguh memburuk-burukkan dan melawak-lawakkan Menteri Besar Kedah sekarang, Ahmad Bashah selain cuba menghidupkan kenangan puncak mereka iaitu Abdullah Badawi walaupun pada masa yang sama, mereka juga sedar, rakyat semakin besar mata kerana maklumat-maklumat tidak lagi dikawal sepenuhnya oleh satu pihak sebagaimana zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.


Thursday, March 23, 2017

LAMA TAK BERMESRA DENGAN SUAMI, WAN AZIZAH PUN DAH JADI NYANYUK DAN PENIPU!!!



Wan Azizah cuba memujuk PAS dengan mengimbau kenangan dia dan Allahyarham Fadhil Nor. Bukan main lagi dia memuji Allahyarham Fadhil Nor dan PAS yang pada waktu itu kuat menyokongnya dan kemudian membolehkan PKR dan DAP memperolehi lebih banyak kerusi Parlimen pada Pilihanraya 1999 tetapi pada masa yang sama, PAS mengalami penyusutan. (RUJUK SINI)

Kelam-kabut di kem PKR semakin terasa apabila beberapa PAS Kawasan mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan PKR yang mahu bekerjasama dan dijajah oleh DAP. PAS mengambil pendekatan untuk memutuskan hubungan dengan PKR mahupun Cap Bunga yang enggan berganjak daripada bersama-sama DAP.

Wan Azizah barangkali sengaja buat-buat lupa mengapa PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.

DAP mengecam PAS, bahkan menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat kecuali di Selangor kerana bimbang Exco dan pemimpin DAP kehilangan kuasa memandangkan PAS mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor. Ketiadaan PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor sekaligus menyebabkan PKR dan DAP kehilangan kuasa.

Tentangan DAP selain hasutan yang dibuat oleh DAP agar Akta Mahkamah Syariah diperlekehkan, menjadi isu besar memandangkan Akta Mahkamah Syariah TIADA KENA MENGENA langsung dengan yang bukan Islam termasuklah para pemimpin DAP yang sudah tentu bukannya berbangsa Melayu dan beragama Islam!

Sebelum ini, Akta Mahkamah Syariah langsung tidak dipedulikan oleh DAP. Tetapi dek kerana gerakan LGBT dan Liberalisme yang mana DAP merupakan dalang dan pendokong utama semakin kuat, RUU355 yang bertujuan meminda hukuman-hukuman lapok yang terdapat di dalam Akta Mahkamah Syariah, telah ditentang oleh DAP dengan alasan itu adalah HUKUM HUDUD dan HUKUM HUDUD itu akan memberi kesan kepada bukan Islam di Malaysia.

PKR termasuklah Wan Azizah tidak pernah menyokong PAS mahupun peningkatan taraf Akta Mahkamah Syariah menerusi RUU355, tetapi bersungguh-sungguh memujuk PAS untuk tunduk sujud kepada DAP walaupun pada masa yang sama, Lim Kit Siang telah menyatakan ISLAM ADALAH PENGHALANG dan parti-parti pembangkang di negara ini tidak boleh sama sekali berpendirian Islam.

Alasan yang diberikan hanyalah, UNTUK MENUMBANGKAN UMNO-BN.... tetapi kata-kata Lim Kit Siang dan penentangan terhadap Akta Mahkamah Syariah yang tidak sepatutnya dicampuri oleh puak-puak kafir DAP, tidak pula Wan Azizah sentuh.

Kenapa?


LIM GUAN ENG, SI BACOL YANG TAK BERANI LETAK JAWATAN WALAUPUN ADA DUA PERTUDUHAN RASUAH DAN SELEWENG KUASA, SIBUK NAK LAGA-LAGAKAN ORANG LAIN!!!



Lim Guan Eng memang tak sedar diri...

Masih lagi berlagak seolah-olah dia suci, dia hebat, dia maksum dan dia tidak bersalah.

Dia mempersalahkan perintah reman 4 hari ke atas Hew Kuan Yau yang dikatakannya sebagai melampau dan satu hukuman bagi kesalahan yang sangat ringan.

KEPALA HOTAK DIA!

Bab orang dia, semua undang-undang negara ini tak betul dan kejam!

Bab dia kenakan kat orang, semua boleh... saman fitnah orang pun bukan main laju lagi. Tapi kalau orang lain kenakan dia, dia terus kata tak adil

Begitulah dalam kes debat Nazri Aziz dan Dr. Mahathir.

Dia melabelkan Nazri sebagai 'WIRA' manakala Abdul Rahman Dahlan pula sebagai 'AYAM'.

KEPALA HOTAK DIA!!!

Sekurang-kurangnya Nazri dan Dr. Mahathir tidak langsung terlibat dalam masalah undang-undang dan kemudian mencari jalan melengah-lengahkan perbicaraan.

Sedangkan Lim Guan Eng sendiri, bukan sahaja setakat melengah-lengahkan perbicaraannya, bahkan masih tidak bercuti dan meletak jawatan... JAUH LEBIH HINA BERBANDING EXCO NEGERI JOHOR YANG DITANGKAP ATAS TUDUHAN RASUAH.

Geng-geng dia sendiri pun suruh dia letak jawatan atau bercuti sementara perbicaraannya belum selesai. Dr. Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor yang pernah disabitkan dengan kes yang serupa, meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor sebaik-baik sahaja dia terbabit dalam pertuduhan.

Lim Guan Eng pula TERSANGAT BACOL, KECUT, PENAKUT DAN PENGECUT untuk melepaskan jawatan yang berpendapatan lumayan - sama ada pendapatan langsung atau pendapatan sampingan - walaupun dia berhadapan dengan dua pertuduhan iaitu RASUAH dan SALAHGUNA KUASA!!!

Lagi nak labelkan orang?

KEPALA HOTAK DIA!!!!


AFIF BAHARDIN ANGGAP PAS PULAU PINANG SEBAGAI SI PANDIR WALAUPUN PKR MENANG KERANA BANTUAN PAS!!!



AFIF BAHARDIN adalah pemimpin PKR paling biadap dan kurang ajar, malah cukup terkenal sebagai PENJILAT LIM GUAN ENG paling wahid dengan balasan jawatan Exco yang disandangnya.

Dia juga merupakan antara pemimpin PKR yang sebenarnya tidak ada apa-apa, tidak mempunyai sokongan tetapi sangat bergantung harap kepada sokongan Pemuda PAS dan PAS Pulau Pinang untuk menang jawatannya sekarang. 

Dia adalah ADUN Seberang Jaya. 

Dari PRU-12 sehinggalah PRU-13, bahkan PRK Permatang Pauh, PKR Pulau Pinang hanyalah anjing yang ekornya terselit di celah paha kalau bukan kerana pertolongan dan bantuan daripada PAS Pulau Pinang dan Permatang Pauh. Hampir kesemua undi Melayu yang dimenangi oleh Afif Bahardin mahupun Wan Azizah serta calon-calon PKR lain, datangnya daripada undi-undi Melayu PAS Pulau Pinang. 

Kenyataan sombong dan biadap yang dikeluarkan oleh Afif Bahardin, seolah-olah mahu menunjukkan dan membuktikan betapa BODOHNYA PAS kerana telah membantu memenangkan calon-calon PKR termasuklah Afif dan Wan Azizah di Pulau Pinang. Jentera PAS yang telah mengorbankan segala-galanya, titik peluh mahupun tahan muka dicaci maki, sekarang ini dianggap sebagai PAK PANDIR oleh orang yang telah mereka tolong.


Bila dah menang dua penggal, cakap bukan main besar lagi. Pertolongan orang langsung tidak dihargai, bahkan dipandang sebagai anjing kurap! Malah dikatakan pun, Pemuda PAS tidak membantu tetapi PKR menang besar dalam PRK Permatang Pauh... satu tindakan sombong yang jelas menunjukkan pembohongan!

Dia lupa bagaimana pada 29 April 2015, Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akhirnya membuat keputusan untuk membantu jentera kempen Pakatan Rakyat yagn menyokong dan berkempen untuk Wan Azizah setelah dipujuk dan dirayu berkali-kali oleh PKR. 

“Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah membuat keputusan yang tepat dengan membantu jentera Pakatan untuk memastikan Umno-BN (Barisan Nasional) terus tewas di Permatang Pauh." (RUJUK SINI)


POSTER KEHILANGANNYA DIGANTUNG DI GELANG PATAH, KIT SIANG JANJI JAWAB ESOK DI GELANG PATAH!!!



Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata beliau akan menjawab isu penyebaran poster mendakwa beliau "hilang" dari kawasan Gelang Patah yang diwakilinya.

Lim, yang kini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri sesi persidangan Dewan Rakyat berkata beliau akan bercakap mengenai isu itu di Gelang Patah malam esok.

"Bukan hari ini. Saya akan memberi respons di Gelang Patah malam esok. Akan di Kulim malam ini dan Alor Setar pagi esok," katanya kepada Malaysiakini.

Beberapa pertubuhan media melaporkan poster berkenaan diletakkan pusat khidmat DAP di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah.



"Kali terakhir dilihat di Gelang Patah semasa (himpunan) 505 yang menjanjikan langit dan bumi. Hobi terakhir diketahui adalah melepak dengan orang yang berumur 90 dan ke atas.

"Hilang selama berbulan-bulan walaupun bukan setahun. ​​Mohon bantu mencari. Kami sangat merinduinya," kata poster berkenaan.

Menurut The Star, sepanduk lain dipasang berdekatan dengan perkataan "Mana Uncle Lim Kit Siang? Gelang Patah rindukan kamu".



REMAN DAH HABIS, HEW KUAN YAU BEBAS DENGAN JAMINAN POLIS!!!



Pakar ceramah DAP yang juga kurator Muzium Komik milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Hew Kuan Yau hari ini telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman 3 hari. Dia telah ditahan di lokap balai polis di Kulai, Johor.

Isterinya, Shannon Lew memberitahu, Hew Kuan Yau telah dibebaskan daripada tahanan polis pada jam 12:55 tengah hari tadi. 

Menurut Shannon, Hew akhirnya menjamah makanan selepas mogok lapar yang dirasakan membolehkan dia berehat di katil hospital semasa tempoh remannya dengan semangkuk mee kari.

Semalam polis telah menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan selepas dia mengadu tidak sihat dan menghidap kencing manis. Rancangan Hew Kuan Yau untuk tinggal di katil hospital, tidak tercapai apabila pihak hospital mendapati dia sihat. Dia kemudiannya dihantar balik ke lokap polis. 

Hew Kuan Yau yang dikenali sebagai 'Superman' yang terkenal dengan kempen-kempen kebencian terhadap Melayu-Bumiputera dan Islam bagi meraih sokongan untuk DAP, telah ditangkap pada Isnin lepas ekoran postingnya dalam Facebook yang menghina Perdana Menteri dan isterinya.

Dia telah ditahan di Muzium Komik di KOMTAR dan kemudian dipindahkan ke Johor untuk pendengaran reman. Laporan polis terhadap Hew telah dibuat di Kulai, Johor. 

Posting Hew itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana salahguna fasiliti talian atau perkhidmatan talian. Seksyen tersebut memperuntukkan denda sebanyak RM50,000 dan penjara tidak melebihi setahun jikalau didapati bersalah. 


SELEPAS HINA PAS, LIM GUAN ENG TUKAR TAKTIK... PUJUK PAS SUPAYA BERADA DI BAWAH KUKUNYA DEMI TUMBANGKAN BN PADA PRU-14 NANTI!!!




Pas perlu segera menyatakan pendiriannya sama ada ingin kekal bersama Pakatan Harapan atau bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekaligus membentuk pakatan baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kegagalan parti itu menyatakan pendirian mereka boleh menyebabkan pengundi hilang keyakinan terhadap Pakatan Harapan.

Tambahnya, tindakan Pas yang mahu memutuskan hubungan dengan PKR di Pulau Pinang baru-baru ini jelas menunjukkan parti itu seolah-olah mahu bekerjasama dengan UMNO dan BN.

Malah Guan Eng berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan berlaku satu pakatan baharu iaitu BN+1 dalam PRU14 kelak.

“Saya rasa apabila mereka bersama UMNO, mereka akan berpisah dengan PKR. Itu kemungkinan yang kita jangka akan berlaku, dan sekiranya Pas berlengah dalam membuat keputusan, ia akan menjejaskan keyakinan dalam kalangan pengundi.

"Pengundi akan tertanya-tanya di manakah pendirian Pas dan memang tidak masuk akal kerana Pas perlu memberi hala tuju yang jelas. Sejak Pas akan bekerjasama dengan UMNO, biarkanlah mereka dengan BN, dan bentuk BN + 1 dan kita perlu memperkasa Pakatan Harapan untuk menewaskan pakatan BN itu nanti.

Setiausaha Agung DAP itu turut berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Pas kawasan Bayan Baru yang mengusulkan mahu memutuskan hubungan kerjasama dengan PKR di kawasan tersebut.

Turut berpendiran sama, Pas Permatang Pauh menyuarakan hasrat untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa parti itu tidak menghormati kerjasama yang terjalin antara mereka.

Guan Eng berkata, rundingan kerjasama Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkemungkinan tidak akan berlaku .

Ujarnya, ia sangat jelas Pas tidak mahu bekerjasama dengan PPBM selepas parti itu sah menyertai Pakatan Harapan.

“Mereka berkata tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dan masih berbincang dengan PKR Bayan Baru dan Permatang Pauh namun pendirian di Selangor jelas, tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP,” kata Guan Eng dalam satu sidang media di pejabatnya di Menara Komtar di sini, hari ini.

“Masa akan menjadi penentuan bila parti tersebut akan mengabaikan PKR untuk bekerjasama dengan BN. Saya merasakan kesemua yang berada di dalam pakatan sepatutnya patuh pada yang satu … jika kita hendak menewaskan UMNO dan BN, kita perlu bekerjasama.



PAKATAN HASUT PENEROKA FELDA TANDATANGAN PETISYEN DESAK BUKA FELDA UNTUK SEMUA KAUM!!!



Kebencian DAP terhadap peneroka FELDA dan FELDA itu sendiri sudah lama ditunjukkan. FELDA bagi DAP adalah keistimewaan orang Melayu-Bumiputera dan lambang ketidakadilan kepada rakyat Malaysia yang bukan Melayu dan bukan Bumiputera. DAP mahu menuntut hak tersebut, sekalipun dalam Perlembagaan Malaysia termaktub keistimewaan orang Melayu-Bumiputera tentang pemilikan tanah serta skim subsidi serta bantuan yang lain.

DAP walaupun tidak menyatakan secara berterus-terang yang mereka MEMERANGI peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia itu tetapi dari semasa ke semasa mereka menunjukkan permusuhan dan iltizam untuk mengubahnya dengan apa cara sekalipun.

Mereka hampir berjaya sebenarnya....

Begitu jugalah dengan FELDA.

Selama ini, tiada langsung bantuan atau pun sokongan daripada DAP terhadap FELDA dan penerokanya. Bahkan DAP kerapkali meuwar-uwarkan bahawa FELDA perlu dibuka kepada semua kaum terutama Cina dan India agar 'kemudahan' tersebut dinikmati semua rakyat Malaysia biarpun pada masa yang sama, DAP tidak pernah berusaha MEMALAYSIAKAN para pengikut dan ahli-ahli mereka termasuklah melancarkan pertuturan dan kefahaman dalam Bahasa Kebangsaan. Yang mereka mahu dan tuntut adalah kemudahan serta keistimewaan.


Sekarang ini, dengan bantuan daripada pemimpin-pemimpin Melayu yang sudah terkenal sebagai pensabotaj seperti Rafizi Ramli yang telah berusaha keras untuk menjahanamkan Tabung Haji, Yapeim dan sebagainya, DAP mulai masuk ke FELDA-FELDA dan menghasut para peneroka, terlebih-lebih lagi generasi kedua dan ketiga FELDA yang diketahui banyak bermasalah untuk menyokong mereka membuka FELDA kepada kaum lain, sekaligus mengenepikan generasi kedua dan ketiga FELDA yang sedang dimanjakan oleh pemerintah sekarang.

Masyarakat FELDA bolehlah mula berkemas-kemas sekiranya mereka benar-benar menyokong usaha-usaha DAP yang cuba mendapatkan petisyen agar FELDA dibuka kepada umum sebagaimana yang dihajatkan oleh DAP.

Bukan kerana mahu membantu negara, tetapi kerana TANAH... sama seperti perjuangan DAP di Sabah dan Sarawak yang mahukan Tanah-Tanah Adat dan Anak Negeri yang kata mereka, dibazirkan dengan sistem tradisional yang diamalkan sekarang!


 
Blogger Templates