Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 9, 2016

ZAMIHAN VS MAZA: DARIPADA SEKEJAP NAK DEBAT, SEKEJAP NAK UNDUR, SALAH APAKAH KALAU DUDUK DENDIAM?



Pesan orang tua-tua, kalau tak tahu, buat cara tak tahu. Jangan main sergah semua perkara dan anggap kita berhak mencampuri sesuatu urusan itu berdasarkan ilmu dan pengetahuan orang lain, manakala kita pula mengamalkan taqlid buta tuli berdasarkan kecenderungan kita dan seterusnya bertambah-tambah kekarutan, kekalutan dan kesesatan kerana emosi sudah menguasai diri selain menutup semua pintu, pemikikiran, akal dan usul periksa.

Isu perbalahan antara Zamihan Abdul Ghani yang merupakan salah seorang pegawai yang menjaga bahagian hal Islam dalam Kementerian Dalam Negeri dengn Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis sekarang ini, bukannya satu isu yang baru pun.

Kedua-duanya memekak, cabar-mencabar, mencari perhatian, memperolehi perhatian dan pada masa  yang sama, tanpa disedari, mencipta isu, namun masih berlegar-legar menggunakan modal, medium serta platform lama.

Memang benar, dalam kesarjnanaan Islam, ada kaki bangkang, kaki debat atau kaki hasut. Kita tidak perlulah memberikan contoh terperinci bagaimana empat Imam Besar terlibat dalam situasi ini sehingga akirnya mereka meninggal di dalam penjara. Mereka tidak perlu juga menyebut beberapa orang ulma dari pelbagai disiplin ilmu, khususnya yang membabitkan akidah, telah dinatijahkan oleh undang-undang sepanjang zaman, sesetengahnya berlaku kepada perbezaan pegangan seperti yang berlaku dalam sejarah Tanah Melayu pertembungan antara Hamzah Fansuri dengan Nuruddin An-Nahiri terjamin dekat kepadanya kerana istana.

Pokok sebenar kedua-dua orang ini bertelagah hanya berkisar tentang As-Sunnah dan Wahabi. Pendorktrinan mudah untuk mencari pengikut pada zaman sekarang tetapi sentiasa dikaburi dengan seribu satu macam alasan retorik serta sentiasa tidak dapat menerangkan kepada umum dan awam tentang kewujudan KHAWARIJ, bahkan berakar sehingga ke zaman pertembungan antara keluarga bangsawan Makkah sesudah Futuhah Makkah sehinggalah kini.

Tidak mudah melainkan jikalau anda seorang peminat sejarah kekar yang sanggup pula membaca dan mengkaji semua pengkhisahan sejarah tanpa peduli sama ada ianya Israiliyat, Orientalis dan seribu satu macam teori perkonspirasian walau dalam apa peringkat sekalipun sebelum mula menapis-napis butiran-butiran yang telah bercampur baur tersebut untuk dibersihkan satu keputusan mujtahidan anda yang tersendiri sebelum dibawa berbincang bagi autorititas yang lain menguasai ilmu hadis, ilmu al quran, ilmu usul dan seribu satu macam ilmu lain.


Zamihan ada pengikut walaupun mungkin jumlah pengikutnya tidaklah seramai MAZA yang lebih bijak menggunakan kedudukan bagi mendapatkan perhatian, terutama sekali dalam penggunan optimimum media sosial, sehinggakan dia sendiri sudah berulang-ulang kali terjerembam melakukan kekhilafahan dan kesilapan, bahkan fitnah tanpa dia meminta maaf pun atas perbuatannya itu.

Kaedah yang digunakan oleh kedua-duanya sekarang - tak kisahlah siapa pun yang memulakannya - perlu dihentikan. Kalau semua perkara boleh diselesaikan dengan debat, perbahasan dan bergasak di atas pentas, dunia ini akan menjadi sangat amat kerana selesai bertekak, mereka hanya perlu mencari bekalan untuk bertekak yang baru tanpa perlu membazirkan sumber yang jauh lebih besar seperti masakini.

Baik Zamihan mahupun Maza, gelagat mereka sedikit sebanyak menghadirkan lagi sejenis HIMAR yang suaranya diperkatakan di dalam al Quran (Luqman:19) dalam masyarakat Islam di Malaysia hari ini yang serba bercelaru dengan pelbagai 'ISME' yang mereka sendiri amat keliru sehingga terpaksa memilih sesuatu untuk menyatakan mereka lebih berhak ke atas pihak lain.

Kalau kedua-duanya nak sangat berdebat dan seterusnya sesiapa sahaja yang gagal LETAK JAWATAN, dipersilakakan sebenarnya.

Gelagat mereka sudah lama menimbulkan bulu di biji mata. Hanya kerana hormat kepada ilmu dan stigma Melayu-Bumiputera yang pantang menunjukkan sikap biadap kepada mereka yang bergelar ustaz, walaupun ustaz tersebut sekadar uztaz geluk jampi, mereka dibiarkan.

Kalau betul nak sangat berdebat dan kemudian bikin drama apa apa pun, buatlah.... tapi buatlah secara kamu berdua sahaja kerana dalam hal ini, kami berdua yang mahu menunjukkkan kamu berdua sahaja orang bijak pandai agama dalam negara. Yang tidak bersuara, enggan bersuara menyebelahi kamu, yang menentang kamu, kamu akan labelkan macam-macam, kan?


3 comments:

Anonymous said...

dua2nak perhatian..

Anonymous said...

Tahu, Alhamdulillah !
Tak tahu, nak tahu, gi ngaji.
Rasa terlebih tahu, lantak pi depa, bukan makan nasihat pun.
Tak ambik tahu, buat tak tahu, bahaya diri sendiri, gi lah ngaji.
Ingat, hidayah mula kat masjid, gi lah masjid.

Anonymous said...

Dua2 mereka sama aja nak tunjuk hebat.

 
Blogger Templates