Social Icons

Pages

BULETIN 247

Featured Posts

Saturday, April 22, 2017

KELUHAN ATAU SEBENARNYA LAKONAN RAFIZI RAMLI DARI KANDANG MAHKAMAH!!!



Banyak masa saya dihabiskan di mahkamah bermula minggu ini untuk melalui perbicaraan bagi 3 kes berturut-turut: kes NFC (minggu ini dan depan), kes menghina Umno (minggu depan), kes kedudukan kewangan Tabung Haji (minggu satu lagi).

Ada orang tanya apa perasaan saya turun naik mahkamah bagi kes-kes yang bertahun-tahun lamanya seperti NFC. Ada orang kata tindakan saya menumpukan usaha saya mendedahkan penyelewengan wang seperti ini adalah sia-sia kerana akhirnya yang ambil wang dilepaskan, saya pula didakwa dan rakyat pun sudah lupa.

Orang-orang PAS yang dulu ghairah menggunakan saya untuk menarik orang ke ceramah mereka semasa skandal NFC memuncak kini sudah berkata penyelewengan dana rakyat RM250 juta itu satu fitnah, kata sahabat-sahabat yang menghantar mesej kepada saya.

Saya tidak pedulikan itu semua.

Apabila saya "terjumpa" skandal wang rakyat diselewengkan (bermula dengan NFC), saya anggap itu ujian Allah kepada saya.

Pilihan saya ialah sama ada saya memalingkan muka dan tidak ambil kisah kerana hidup saya senang dan langsung tidak terkesan bila wang rakyat sebegitu hilang (gaji besar, kereta besar).

Tetapi saya rasa Allah akan murka jika pada masa Allah  kurniakan saya peluang pendidikan yang lebih baik, saya lebih petah, saya lebih selesa dengan hal ehwal kewangan tetapi saya memilih untuk berdiam diri.

Maka saya bersuara kerana saya bimbang saya kufur nikmat dan saya tidak "berkongsi" kebolehan yang Allah kurniakan itu demi kebaikan orang lain.

Ada orang sedih tengok saya saban minggu duduk di dalam kandang tertuduh. Ada orang bisikkan semuanya sia-sia kerana semasa isu tengah panas ramai yang mahu saya naik pentas dan tumpang sekaki, tetapi bila duduk di kandang setiap minggu ramai yang tidak endah.

Saya langsung tidak terkesan kerana saya lega saya telah lulus ujian yang saya anggap Allah kenakan terhadap saya.

Sama juga dengan hakim-hakim (ada yang berbudi baik dengan saya, ada yang kasar dengan saya) dan pendakwaraya dan peguam (ada yang berbudi, banyak yang kasar dengan saya kerana saya orang kena tuduh).

Ada yang tanya sekiranya PH menang, adakah saya akan cari kembali semua watak-watak yang setiap minggu turun naik mahkamah mahu memastikan saya dipenjara?

Saya sebenarnya tidak ambil kisah pun perangai dan lagak setiap orang yang saya terpaksa lalui dalam saya menjalankan amanah ini. Yang berbudi baik dengan saya, saya ingat sampai bila-bila. Yang kasar dan menunjukkan kuasa kepada saya, saya lupakan terus.

Bagi saya itu ujian Allah kepada mereka bila mereka diberikan kuasa, seperti mana setiap hari saya diberi ujian dalam keadaan saya juga ada sedikit pengaruh yang terhad.

Mereka akan disoal suatu hari kelak seperti mana saya akan disoal bagi setiap perlakuan saya kerana sebesar mana kita dalam ruang hidup kita yang sempit, kita hanyalah zarah yang lebih kecil dari zarah dibandingkan kekuasaan Allah.

Sama juga bila Dato' Seri Salleh Ismail dengan bangga menyatakan bahawa dana RM250 juta yang dibelanjakan beliau dan keluarga bagi projek itu bukanlah duit rakyat kerana ia duit kerajaan. Rakyat tiada hak untuk mengetahui apa yang dibuat dengan wang itu kerana apabila beliau meminjam dari kerajaan, itu soal peribadi beliau dan kerajaan.

Allah datangkan ujian kepada beliau dan keluarga beliau dalam bentuk wang yang melimpah ruah dan kedudukan dunia, terpulanglah kepada beliau bagaimana melaluinya kerana Allah memandang semua.

Ada orang menghantar mesej memaki saya kerana katanya padan muka kerana saya kini menjadi penjenayah turun naik mahkamah.

Mereka lupa hampir semua tokoh dunia yang membawa perubahan kepada masyarakat bermula dengan dipandang sebagai penjenayah oleh penguasa pada ketika itu: dari zaman Rasulullah SAW, kepada George Washington (bapa kemerdekaan USA), Mahatma Ghandi, Sukarno, Mandela sehinggalah kepada Erdogan.

Saya akan terus dilabel penjenayah oleh penguasa selagi mereka berkuasa kerana suara saya mengancam kekuasaan mereka.

RAFIZI RAMLI

NOTA:

Ironinya, Rafizi Ramli langsung tidak bersuara terhadap rasuah dan penyelewengan membabitkan Lim Guan Eng. Langsung tidak bersuara terhadap tuduhan rasuah yang dihadapi oleh Ketua AMK Ampang, Adam Rosly. Malahan langsung tidak bercakap apa-apa tentang Ketua Pembangkang Sabah dari PKR, Christina Liew yang telah menyamun secara memperdaya tanah-tanah orang kampung yang kemudian didapati bersalah oleh mahkamah dan diarah bayar balik lebih RM500 juta.

KERANA ALLAH yang dimaksudkan oleh Rafizi Ramli hanyalah melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS. Kalau membabitkan PKR, DAP dan PAN, mata Rafizi Ramli menjadi buta, mulutnya terkatup, lidahnya menjadi bisu dan dia berpura-pura bodoh, sebagaimana alasan dan jawapannya apabila ditanya tentang SKANDAL YAWAS dan SKANDAL SPLASH yang melibatkan berbilion duit rakyat.

Malah dalam isu DEIG (Darul Ehsan Investment Group) yang melibatkan lebih RM30 bilion, Rafizi Ramli juga TIDAK TAHU!

KERANA ALLAH atau KERANA SYAITAN yang merasuk dalam hati perut pedalnya?

ISLAM AGAMA SUPREMACIST YANG SUKA PAKSA BUKAN ISLAM - BISHOP PAUL TAN CHEE ING!!!



Figura agamawan Kristian, Bishop Emeritus Dr. Paul Tan Chee Ing mendakwa bahawa Islam adalah agama yang bersifat ‘supremacist’ yang suka memaksa golongan bukan Islam untuk patuh pada sekatan-sekatannya. 

Beliau memetik arahan kerajaan negeri Kelantan yang mahu premis-premis perniagaan, termasuk yang dimiliki golongan bukan Islam memberhentikan perniagaan selama 10 minit ketika waktu Maghrib sebagai ‘bukti’ bagi dakwaannya. 

Beliau dilaporkan mengeluarkan pendapat sedemikian dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh portal liberal Malaysiakini yang berjudul “Bishop: Kelantan ruling is proof incontrovertible“ baru-baru ini. 

Mantan Ketua Gereja Melaka-Johor itu juga mendakwa bahawa, sebahagian orang Islam sengaja melakukan muslihat atau mereka sememangnya tidak berapa memahami ajaran agama mereka sendiri – iaitu agama Islam adalah agama ‘supremacist’ yang mahu mengenakan larangan-larangannya ke atas golongan bukan Islam. 

“We were flabbergasted at the evidence that some Muslims don’t quite get the drift of their religion or are engaging in deliberate deception – which is that theirs is a supremacist religion which will seek to impose its strictures on non-Muslims.” 

Paul Tan mendakwa bahawa selama ini, golongan bukan Islam hanyalah bersikap amat skeptik terhadap janji palsu para penyokong usaha untuk memartabatkan perundangan Islam yang mengatakan bahawa perundangan itu tidak akan dipaksakan ke atas golongan bukan Islam. 

“Selama ini, kami telah mendengar dengan begitu skeptik janji-janji golongan yang mahu memartabatkan perundangan Islam bahawa, perundangan ini tidak akan dikenakan ke atas golongan bukan Islam,” terangnya. 

“Arahan kerajaan negeri Kelantan supaya kedai-kedai golongan bukan Islam ditutup sewaktu solat Maghrib pada masa ini adalah bukti yang tidak boleh dinafikan lagi bahawa perundangan Muslim, jika dibenarkan untuk dikuatkuasakan, pasti akan dikenakan juga ke atas golongan bukan Islam di Malaysia,” dakwa Paul Tan lagi. 

Paul Tan suatu ketika dulu pernah membangkitkan kemarahan umat Islam dengan dakwaan beliau bahawa Syariah adalah visi totalitarian masyarakat yang membenarkan diskriminasi terhadap bukan Islam, mengamalkan ketidakadilan jantina, membenarkan perkahwinan di bawah umur dan mengamalkan kebencian terhadap bangsa Yahudi.

MAHATHIR KENA SEDAR DIRI, DIALAH BAPA PERPECAHAN MELAYU, KATA IDRIS AHMAD!!!!



TOLONGLAH Tun Mahathir cermin diri dulu. Jangan hentam semborono begitu sahaja mengatakan PAS punca Melayu berpecah. Kalau Tun terlupa saya hendak ingatkan kepada Tun.

Bukankah zaman Tun Melayu berpecah?

Selama 22 tahun Tun berkuasa, tiga Timbalan Perdana Menteri terpelanting. Lahir team A dan team B di dalam Umno sehingga Umno diharamkan.

Zaman Tun lahirnya Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat. Bukankah zaman Tun, royalti minyak untuk Terengganu ditarik. Bukankan zaman Tun wujudnya Pejabat Pembangunan Persekutuan di Kelantan sehingga membazir berjuta wang negara apabila BN kalah pada tahun 1990.

Adanya Penghulu Persekutuan dan Penghulu negeri di Kelantan. Apakah Kelantan bukan negeri Melayu?

Pejabat Pembangunan Persekutuan wujud di negeri yang BN kalah. Trend ini wujud hingga zaman DS Najib.

Apakah ini lambang perpaduan Melayu? Zaman Tun juga apabila tsunami Melayu di dalam PRU 1999 selepas DS Anuar Ibrahim dipecat, maka Tun telah mewujudkan persempadanan semula. Sehingga merosakkan kerusi Melayu.

Apakah kelakuan Tun, maka Tun bapa penyatuan Melayu? Kenapa Tun terlalu berdendam dengan PAS? Salahkah PAS hendak membawa hala tuju sendiri.

PAS masih di blok pembangkang. Jangan perasan Tun sahaja hendak melawan BN.

PAS juga melawan BN. Semasa Tun berkuasa pun kami lawan. Tun baru hendak belajar melawan BN.

Belajarlah menjadi pembangkang. Sekarang baru Tun tahu betapa peritnya menjadi pembangkang di Malaysia.

 Kenapa pula Tun hendak marah kepada PAS apabila tidak menyertai PH. Ikut pemikiran Tun, kalah di dalam pemilihan maka tubuh parti baru.

Kalau tidak mahu sertai pakatan Tun, maka ini dianggap pemecah belah orang Melayu. PAS tidak berminat untuk lawan dengan Tun yang sudah tidak berkuasa.

Tetapi apabila Tun serang PAS, maka PAS akan mempertahankan diri.

IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS. 

Friday, April 21, 2017

KONTROVERSI SURAT SOKONGAN MENTERI PENGANGKUTAN UNTUK JAWATAN KETUA PENGARAH JPJ YANG BARU!!!



Tersiarnya dua pucuk surat dengan salah satunya adalah 'SOKONGAN MENTERI' kepada Perdana Menteri bagi jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan bagi menggantikan Ketua Pengarah sedia ada di media sosial, menimbulkan beberapa persoalan yang selama ini acapkali disebut dan bukan lagi menjadi rahsia.

'SOKONGAN MENTERI' bagi jawatan yang kini disandang oleh Datuk Nadzri Siron, membuka mata banyak pihak selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipersoalkan berhubung perniagaan nombor pendaftaran selain undang-undang cermin gelap yang tidak seragam.

Ada pihak yang mengandaikan wujudnya konspirasi dalaman JPJ yang bertujuan menjatuhkan Ketua Pengarah JPJ sekarang. Beberapa nama turut dikaitkan, termasuklah pegawai yang dikatakan sedang melobi untuk jawatan tersebut.

Dalam dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari, integriti Jabatan Pengangkutan Jalan, menjadi taruhan yang tidak boleh dipandang ringan. Persoalan tersebut bermula dari dalam Jabatan sendiri sebelum dipanjangkan menerusi WhatsApp dan akhirnya diangkat oleh Netizen ke Facebook.

Dari semalam lagi, isu ini dilihat muncul di Facebook apabila Rafi Awang Kechik memuatnaikkan surat-surat tersebut dan mempersoalkan kewajaran Menteri Pengangkutan campurtangan dalam hal tersebut.

Menurutnya, surat sokongan daripada Menteri terbabit ditafsir sebagai mempunyai kepentingan besar bagi kedua-dua belah walaupun pada masa yang sama, menyalahi Peraturan Penjawat Awam.

Bagaimanapun, Netizen juga berbelah pendapat berhubung perkara ini kerana jawatan Ketua Pengarah JPJ bukanlah jawatan yang mengganggu sebarang kepentingan agenda Bumiputera.

Seperti biasa, kewajaran pendedahan tersebut mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan kuasa. Walau apa pun ceritanya, ia hanyalah menjadi sebab untuk pendedahan tersebut dibuat.


Yang pasti, persoalan utama yang menjadi perdebatan di kalangan netizen ialah tentang MUDAHNYA KEBOCORAN MAKLUMAT serta surat-surat penting dari Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Menteri sehingga membolehkan ia disebarkan.

Lebih menarik lagi, jejak-jejak penyebar pertama telah ditutup menerusi penggunaan WhatsApp dan Telegram kerana sebaran menggunakan kedua-dua medium tersebut jauh lebih pantas sebelum diangkat ke Facebook sebagai arkib.


STATUS DR. ZAKIR NAIK BUKAN BIDANG KUASA MENTERI KESIHATAN, KATA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT!!!



1. Saya menasihatkan  Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam supaya tidak sembarangan mengeluarkan kenyataan lebih-lebih lagi dalam hal yang ada kena-mengena dengan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini.

2. Dr. Zakir Naik adalah seorang pendakwah dan penceramah yang diiktiraf kepakarannya dalam ilmu perbandingan agama dan sangat dihormati oleh para ulamak Islam dan umat Islam di seluruh dunia.

3. Sebagai seorang Menteri juga sepatutnya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam mengetahui dan memahami  tatacara yang diguna pakai bagi pemberian taraf pemastautin tetap kepada orang asing di negara ini.

4. Asasnya, seseorang itu mestilah mempunyai permit masuk yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan memiliki pasport antarabangsa negara asal.

5. Taraf pemastautin tetap juga bukan hak kepada individu tetapi adalah satu anugerah oleh Kerajaan Malaysia kepada warga asing tersebut antaranya disebabkan oleh seseorang itu mempunyai kelulusan profesional atau kepakaran yang membolehkannya memberikan perkhidmatan profesional dan kepakarannya kepada negara ini tanpa menjejaskan kepentingan warganegara negara yang sedia ada.

6. Sudah pasti proses ini telah melibatkan pelbagai kementerian dan agensi seperti KDN, PDRM, JPN, Jabatan Imigresen dan lain-lainnya. Mengaitkan Dr. Zakir Naik dengan keganasan dan pencetus ketegangan antara agama adalah suatu tuduhan dan semata-mata andaian yang bukan-bukan oleh Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

7. Sebagai seorang yang menjawat Menteri Kesihatan, bukan bidang kuasa Datuk Seri Dr. S. Subramaniam untuk campur tangan dalam urusan ini.

Sekian.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, April 20, 2017

BUKAN MELAYU SAJA, CINA PUN KENA TUTUP KEDAI GARA-GARA PULAU PINANG TAK ADA DUIT!!!



Acap kali kita disajikan berita tentang kezaliman Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PBT-PBT di bawahnya terhadap golongan penjaja dan peniaga kecil Melayu.

Hakikatnya kezaliman Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Guan Eng tidak hanya ke atas orang Melayu tetapi sesiapa sahaja yang berstatus marhein.

Kebencian DAP kepada golongan marhein terserlah dan terbukti apabila mereka langsung tidak diberikan tempat dan perhatian sebaliknya hanya dijadikan sebagai bahan menarik undi dan sokongan.

Dalam bahasa yang lebih mudah, golongan marhein tidak dianggap langsung sebagai manusia yang bernilai sebaliknya hanya benda yang boleh dimanipulasikan dan dijadikan bahan untuk Lim Guan Eng melakonkan watak hero.

Itulah yang berlaku apabila gerai Ais Kacang Swatow Lane yang terkenal, terpaksa ditutup dan perniagaan tersebut terpaksa dihentikan pada hujung bulan ini selepas beroperasi setiap hari hampir seratus tahun. Perniagaan yang pada mulanya menggunakan gerai di suatu sudut di Swatow Lane pada tahun 1923.

Perniagaan milik keluarga yang kini dijalankan di medan selera New World Park selama 15 tahun, terpaksa ditamatkan.


Pengendali kedai, Lee Eng Lai, 67, berkata mereka terpaksa berhenti berniaga kerana tidak mampu menanggung kos sewa kedai yang meningkat berkali-kali ganda selain syarat-syarat lain yang dikenakan oleh pengurusan bangunan.

Semenjak tahun 2008, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan kenaikan sewa premis lebih 100% yang ditentang keras oleh peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja kecil.

Menurut Lee Eng Lai lagi, mereka sudah tidak ada tempat lain untuk berniaga dan tidak ada pilihan selain menutup perniagaan mereka. Hari terakhir mereka berniaga di New World Park adalah pada 30 April.

ESOK, RAFIZI RAMLI BERHADAPAN TUDUHAN BAFIA, MANAKALA ADAM ROSLY DI BAWAH AKTA AMLA!!!



Selepas 5 tahun Rafizi Ramli berjaya melengah-lengahkan perbicaraan BAFIA dengan menggunakan pelbagai taktik termasuklah mencabar penghakiman, meminta hakim ditukarkan, mencabar undang-undang dan kemudian membuat beberapa rayuan apabila kalah, esok pagi, buat kali pertamanya Rafizi akan berhadapan dengan perbicaraan melibatkan BAFIA di mahkamah. 

Rafizi akan didakwa di bawah Seksyen 97 (1) Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) 1989 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) di bawah Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 3 tahun atau denda RM3 juta atau kedua-duanya jikalau didapati bersalah. 

Pendengaran akan dibuat pada jam 9:30 pagi esok. 

Sebelum ini, Rafizi telah pun kalah dalam kes isu fitnah 'lembu dalam kondo' pada Oktober tahun lepas dan diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM300,000 selain kos kepada NFCorps.

Kes BAFIA melibatkan Rafizi amat menarik untuk diperhalusi memandangkan Rafizi menggunakan tenaga kerja dalam bank bagi mendapatkan maklumat-maklumat sulit berkenaan kewangan. Dalam kes ini, melibatkan seorang pekerja bawahan Public Bank yang turut didakwa bersama-samanya. Rafizi Ramli cuba berdalih kononnya itu adalah Wistleblower yang dilindungi di bawah Akta Wistleblower.

Kejayaan besar Rafizi Ramli dalam kes ini ialah menghapuskan saingan kepada kartel-kartel daging yang menguasai pasaran daging lembu di Malaysia yang bernilai RM3 bilion setiap tahun. NFCorps dilihat menjadi saingan utama kepada kartel-kartel tersebut yang kebanyakannya dimiliki oleh bukan Islam dan keperluan untuk menghapuskan NFCorps dilaksanakan oleh Rafizi Ramli. 

Dalam perbicaraan-perbicaraan saman fitnah melibatkan NFCorps sebelum ini, beberapa orang pemimpin PKR termasuklah Wan Azizah, Nurul Izzah dan Saifuddin Nasution telah didapati bersalah menfitnah. Manakala Rafizi Ramli yang mencuri maklumat menerusi pekerja bank bagi tujuan meminda maklumat kewangan tersebut bagi tujuan menghasut dan menfitnah, sebelum ini telah pun didapati bersalah dan perlu membayar gantirugi. Kini dia sedang berhadapan dengan Akta BAFIA yang merupakan akta yang digunapakai oleh semua negara di seluruh dunia dalam melindungi sistem kewangan dan perbankan mereka.

Sementara itu, ADAM ROSLY, Ketua AMK Ampang, akan dihadapkan ke mahkamah esok di bawah Akta AMLA. Adam Rosly yang didedahkan memiliki kekayaan luar biasa, sebelum ini mencabar agar laporan ke atasnya dibuat dan dia akan membuktikan yang dia tidak bersalah. Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, beberapa hari lepas menafikan Adam Rosly adalah pegawai khasnya.


 
Blogger Templates