Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, March 23, 2017

SERANGAN DI WESTMINSTER, LONDON... PROPAGANDA TERBAHARU MEMBURUK-BURUKKAN UMAT ISLAM DAN ISLAM!!!



Majlis Muslim Britain hari ini menyatakan masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai motif serangan di luar bangunan Parlimen Britain yang berlaku pada petang Rabu.

"Kami sangat terkejut dan sedih dengan insiden di Westminster. Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan ini, menurutnya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

"Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai motif serangan, ingatan dan doa kami sentiasa bersama mangsa serta mereka yang terlibat.

"Kami memberi penghormatan kepada pihak polis dan pasukan kecemasan yang mengendalikan kes ini dengan penuh berani. Istana Westminster adalah pusat kepada demokrasi dan kita perlu memastikan ia terus memberi khidmat kepada rakyat dengan selamat.'

Sementara itu, anggota polis yang dilaporkan ditikam oleh penyerang antara yang terbunuh dalam serangan yang berlaku di luar bangunan parlimen Britain pada Rabu, menurut laporan yang dikeluarkan BBC.

LAPOR LANGSUNG SERANGAN WESTMINSTER DI SINI


Perkara ini disahkan oleh seorang pegawai penguatkuasa yang memberikan bantuan kecemasan kepada anggota polis berkenaan.

Menurut BBC lagi, anggota polis itu mati di tempat kejadian. penyerang yang menikam anggota polis tersebut turut ditembak mati dalam insiden yang disifatkan pihak polis sebagai "serangan pengganas".

Asisten Komisioner Polis Britain, Mark Rowley dalam sidang medianya memaklumkan pihaknya percaya penyerang melakukan serangan secara sendirian.

Polis Britain juga meningkatkan operasi keselamatan besar-besaran tahap tertinggi.

Pada masa sama, Rowley tidak menolak kemungkinan meminta bantuan tentera sekiranya diperlukan.

Sementara itu, penyiasat UK sedang meneliti kemungkinan sama ada wujud kaitan serangan London dengan propaganda militan di Asia Barat.

Setakat ini, empat individu termasuk seorang anggota polis terkorban dalam serangan yang disifatkan sebagai serangan keganasan oleh UK.



No comments:

 
Blogger Templates