Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 22, 2017

LAWAK PEMILIK RUMAH PUTIH IPOH!!! PEMIMPIN UMNO DAN PAS MAKAN BERSAMA DI PARLIMEN PUN, NGA KOR MING KATA ITU RUNDINGAN SULIT PAS-UMNO!!!



Ingat lagi ungkapan 'ADA BULAN DI DADAMU?'

Ingat lagi betapa penuh perasaannya Ngeh Kor Ham menyanyikan lagi 'Ada Bulan Di Dadamu' dalam Bahasa Mandarin?

Ingat lagi Nga Kor Ming berceramah dan menggunakan ayat-ayat al Quran yang kemudian disambut takbir oleh para penyokong PAS dan mereka mempertahankan bahkan memuji-muji tindakan Nga Kor Ming walaupun diberitahu Nga Kor Ming sebenarnya menghina Islam selain mempergunakan ayat-ayat al Quran untuk menggula-gulakan para penyokong PAS dalam usaha mendapatkan sokongan mereka untuk DAP berkuasa di Perak dan Malaysia amnya?

Itu dulu... ketika PAS atau lebih tepat lagi ketika DAP mempunyai para penjilat yang bersembunyi di dalam PAS dan sebelum mereka keluar beramai-ramai untuk membentuk PAN.

Sekarang, lain ceritanya...


Nga Kor Ming sedang menjalankan kempen secara aktif kebencian ke atas PAS dengan sasarannya adalah Nik Abduh.

Kekalahan Nik Abduh dalam pemilihan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, telah menjadi bahan momokan Nga Kor Ming dan para pengikutnya. Tidak cukup dengan itu, kenyataan Nik Abduh bahawa dia sekadar 'suka-suka' bertanding jawatan tersebut, turut menjadi bahan jenaka Nga Kor Ming dan para pengikutnya yang terdiri daripada penyokong PAN.

Di sebalik kebimbangan PKR terutama sekali di Selangor tentang sikap PAS, bahkan penamatan kerjasama PAS dengan PKR yang bakal meruntuhkan Kerajaan Negeri pimpinan Azmin Ali serta didalangi oleh DAP, Nga Kor Ming pula cuba memainkan peranan untuk menimbulkan rasa bersalah di kalangan para penyokong PAS kerana meninggalkan DAP.


Dia juga cuba menimbulkan salah sangka sehinggakan sekeping gambar beberapa orang pemimpin PAS di meja makan bersama beberapa orang pemimpin UMNO di kawasan terbuka, sebagai 'rundingan sulit' antara UMNO-PAS.

Sebenarnya Nga Kor Ming tahu, tanpa PAS, DAP akan menghadapi kesukaran meskipun kini tempat PAS di sisi DAP telah diganti oleh PAN dan Cap Bunga. Kedua-dua parti itu bagaimanapun, tidak mempunyai kekuatan yang setara dengan PAS. Apatah lagi dengan 'seloroh' Nik Abduh yang PAS akan menawan 5 buah negeri di mana Perak adalah salah sebuah negeri terbabit, sudah tentu amat meresahkan Nga Kor Ming, pemilik Rumah Putih Ipoh yang memiliki tanah balak yang sangat luas di Hulu Kelantan hasil tahaluf siyasinya dengan PAS pada era Husam Musa sebagai Exco Kanan.


2 comments:

Anonymous said...

Al-'Anfāl:46 - Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Al-'Anfāl:73 - Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.

The companions had differences of opinion but their hearts were united because their aim was one.
Shaykh Omar Suleiman

Anonymous said...

PAS sedia berunding dengan perompak2 negara...

 
Blogger Templates