Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 17, 2017

BILA WARTAWAN AKHBAR CINA SAMAN FITNAH LIM GUAN ENG TANDANYA TEMBOK KEBAL GUAN ENG DAH RUNTUH!!!



Jadi, memang betullah berita semalam, yang cuba dinafikan dan dikatakan sebagai khayalan!!!

Wartawan akhbar Guan Ming Daily, Ong Beng Siang atau di FB menggunakan nama Bs Ong menfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. 

Sekaligus, ini merupakan rekod pertama wartawan dan pengamal media menyaman Setiausaha Agung DAP yang dianggap kebal, hebat, maksum, suci dan serba superior dalam segala hal!

Selama ini yang kedengaran hanyalah, Lim Guan Eng menyaman media dan pengamal media setiap kali dia tidak berpuas hati dengan laporan media yang dibuat ke atasnya. Ada yang dia menang, dia gembar-gemburkan dirinya sebagai mangsa fitnah dan media berkenaan pula membawa fitnah, manakala yang dia kalah, berita tentangnya disenyap-senyapkan.

Hari ini Ong Beng Siang, 40, dari Guan Ming Daily menfailkan saman fitnah dan menuduh Lim Guan Eng menerusi akaun Facebooknya telah menfitnahnya di dalam sebuah posting. 

Ong berkata, posting tersebut juga sangat bermotif jahat dan bertujuan untuk mencemarkan reputasi dan nama baiknya sebagai seorang wartawan pada mata masyarakat dan pembaca. 

Di dalam postingnya, Lim Guan Eng berkata, dia menyedari tentang kewujudan wartawan-wartawan yang cuba memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpinnya. Kata Guan Eng lagi, sekiranya wartawan-wartawan tersebut mahu menggulingkan kerajaannya, mereka perlu menggunakan fakta, bukannya membuat laporan tidak berasas yang kemudian disiarkan. 

Posting Lim itu dibuat selepas artikel yang ditulis oleh Ong. 


Ong turut mendakwa, posting Lim turut menggambarkannya sebagai seorang yang tidak profesional, tidak beretika dalam menjalankan profesyennya, tidak bermoral, tidak jujur, seseorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak berprinsip.

Dalam tuntutannya, Ong mahu Lim Guan Eng memohon maaf kepadanya selain pampasan gantirugi awam, teladan sebagainya. Dia turut meminta mahkamah agar memberikan injunsi bagi mencegah Lim Guan Eng atau mana-mana agennya daripada mengulangi fitnah itu terhadapnya.

Ong ketika ditanya selepas selesai menfailkan saman berkata, dia melakukan kerana tiga perkara:

"Saya mahu membersihkan nama saya. Saya mahu melindungi reputasi saya. Dan yang lebih penting, saya mahu melindungi reputasi semua wartawan."


No comments:

 
Blogger Templates