Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, March 22, 2017

AMBOI, SOMBONGNYA AZMIN ALI WALHAL DIA JADI MENTERI BESAR SELANGOR PUN HASIL SOKONGAN PAS!!!



Sedap betul bahasa yang digunakan oleh Azmin Ali terhadap PAS dan lebih-lebih lagi terhadap Nik Abduh.

Kenyataan Nik Abduh yang menyelar dan menyindir PAN serta PKR yang mahu merampas Kelantan dari PAS dan kemudian menyatakan, PAS akan merampas Selangor dari PKR, benar-benar menaikkan kemarahan Azmin Ali.

Azmin Ali seolah-olah terlupa bahawa kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor sebenarnya banyak bergantung kepada PAS. Malahan ketika kemelut jawatan Menteri Besar Selangor pun, sokongan daripada PAS yang membuatkan Azmin Ali akhirnya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Sekarang, Azmin Ali terlupa atau buat-buat lupa. Dia ingat DAP, PAN dan Cap Bunga akan menyokongnya dan dia sangat kuat dengan sokongan daripada parti-parti berkenaan.

Dia lupa barangkali jumlah kerusi yang dimiliki oleh PAS sekarang, selain banyak kerusi-kerusi DUN yang dimiliki oleh PKR terutama wakil-wakil rakyat Melayunya, adalah kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAS dan diberikan kepada PKR atas dasar tahaluf siyasi.


Sepatutnya orang PAS sudah dapat melihat belang sebenar Azmin Ali dan PKR secara keseluruhannya di Selangor. PAS mempunyai kekuatan yang tersendiri di Selangor. Sememangnya harapan besar untuk PAS untuk menerajui kepimpinan negeri, sangat besar dan luas. Malah, kalau tidak disebabkan oleh PARASIT PAS yang sekarang ini sudah melompat ke dalam PAS, dari tahun 2008 lagi, PAS telah mengepalai kepimpinan negeri Selangor.

Itu sebablah UG atau Kerajaan Perpaduan dimomok-momokkan supaya menimbulkan rasa bersalah di kalangan ahli-ahli PAS!

Anehnya, Najib yang sebelum ini ditala 24 jam dan 7 hari seminggu oleh ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin PAS sebelum ini, tidak pernah bertahaluf siyasi dengan PAS, tetapi memberikan layanan yang baik kepada PAS. Sebaliknya pihak yang bertahaluf siyasi, memperolehi jawatan hasil daripada tahaluf siyasi dengan PAS dan mengharapkan sokongan daripada jentera propaganda dan pilihanraya PAS, sekarang ini berlagak bukan main!


4 comments:

Anonymous said...

Harap cukuplah pengundi ja bengong jgn pemimpin turut sama

Unknown said...

PAS kena terima sebelum ni pun rekod PAS di Selangor sejak 1954 hingga 1995 cuma 1 kerusi jer tu pun pada tahun 1974...selepas reformasi Anwar Ibrahim pada 1999 dpt la 4...2004-0...bila bersama pakatan 2008-8 ...2013-15... lepas ni...2017-18? ramalan 0..

Unknown said...

PAS kena terima sebelum ni pun rekod PAS di Selangor sejak 1954 hingga 1995 cuma 1 kerusi jer tu pun pada tahun 1974...selepas reformasi Anwar Ibrahim pada 1999 dpt la 4...2004-0...bila bersama pakatan 2008-8 ...2013-15... lepas ni...2017-18? ramalan 0..

Anonymous said...

Sekiranya pas dapat memerintah selangor..
Pertama kali mesti menghapuskan semua tempat maksiat di selangor.
Bagaimana agaknya tindak balas org kafir terhadap mengislamkan negeri tersebut.

 
Blogger Templates