Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, October 9, 2016

MASA BERKUASA, RAJA-RAJA MELAYU DIHADKAN KUASA... BILA DAH TAK BERKUASA, SIBUK NAK RAJA-RAJA MELAYU GUNA KUASA!!!



Maka memang benarlah Tun Dr. Mahathir sudah santak dan sudah semakin terhimpit apabila segala usahanya untuk menggulingkan Najib, kelihatan gelap-gelita. Cubaan menggerakkan massa menerusi BERSIH 5.0 juga nampaknya tidak mendapat sambutan yang diharapkan.

PAS yang mempunyai kekuatan massa untuk digerakkan bagi tujuan demonstrasi, sekadar menjadi pemerhati walaupun pada bila-bila masa sahaja BAJU HIJAU boleh berkumpul lebih 100 ribu orang sekelip mata apabila dikerah oleh Presiden parti.

Secara berterus-terang, pucuk pimpinan PAS telah mengeluarkan arahan agar ahli-ahli PAS tidak terlibat dengan BERSIH 5.0, sekaligus membuatkan usaha-usaha untuk memujuk PAS agar meramaikan demonstrasi BERSIH 5.0, semakin sukar walaupun terdapat beberapa 'harummanis' dalam PAS seperti Mahfuz Omar, terhegeh-hegeh cuba mendapatkan sokongan bagi kedudukannya di dalam PAS lebih utuh setelah kekosongan ditinggalkan oleh Mat Sabu dan konco-konconya.

Sepucuk surat bertandatangan Khairuddin Abu Hasan, telah dikesan tersebar menerusi Whatsapp tentang pujukan agar Raja-Raja Melayu menggunakan kuasa mereka dalam Persidangan Majlis Raja-Raja untuk melucutkan jawatan Najib Abdul Razak dan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Beberapa minggu lalu, Mahathir telah menghadap KDYMM Sultan Kedah di Istana Anak Bukit bagi tujuan memujuk baginda menggunakan kuasanya memecat Najib Abdul Razak.

KDYMM Sultan Kedah adalah DYMM Yang Di-Pertuan Agong masakini. Bagaimanapun, penghadapan di Istana Anak Bukit adalah atas kapasiti baginda selaku Sultan Kedah dan Mahathir sebagai anak negeri Kedah.






Ironinya, pada tahun 1983 dan 1993, kuasa Raja-Raja Melayu telah disekat dan dihadkan di bawah pentadbiran Mahathir menerusi pindaan Perlembagaan sehingga mencetuskan krisis. Pengehadan tersebut masih berkuatkuasa sehingga sekarang dan merupakan salah satu legasi pentadbiran Mahathir.

Pada asalnya, Kerajaan Malaysia di bawah Mahathir telah mula membuat pindaan secara rahsia ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen, tanpa terlebih dahulu mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja. 

Sedangkan menurut Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan: 

“Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja. 

Beberapa pindaan lain berlaku dicatatkan sebagai Krisis Perlembagaan 1993 (imuniti raja-raja Melayu)

Sekarang, setelah terdesak dan mati kutu, Mahathir dan konco-konco pentaksubnya, cuba kembali kepada kuasa Raja-Raja yang telah mereka cabut?

Tidak adakah rasa malu, maruah atau air muka untuk meminta tolong daripada mereka yang pernah dihina dan diperburukkan menerusi penggunaan pelbagai media yang dikongkong dan dikuasai pada waktu itu?

Dan sekarang baru mahu mengatakan, Raja-Raja Melayu adalah batasan terakhir kegilaan kuasa orang politik?

Lawak betul Tun Mahathir nih...


6 comments:

Ted Manoff said...

Nyawa dia dah naik ke pangkal tengkok. Sikit lagi sampai Le ke ubun2 dia tu..

Anonymous said...

Dolu dolu lagi orang tua dah habaq...
"Jumpa ular jumpa mamak... mana satu nak pukul dolu...?"
Mamak ooo mamak....

Anonymous said...

Ada agenda wawasan lah tu. Bila dah tak jadi PM mau jadi Presiden lah pulak. Rakyat boleh baca kaki putaq dari Kerala.

Apa pun yang Mamak rancang Allah swt lagi hebat perancangannya.

Anonymous said...

Ted...silap2 lu mati dulu.Sapa tau. Nyawa di tangan Allah.

Penang Kini said...

mohon link blog http://www.penangkini.com/

juragan69 said...

Kahkahkah...bhai tfk lu org ludah pastu jilat balik kahak ke. ..lawak betul lh lu org,smbang kencang 'org tua dh nyanyuk lh...org tua dh nk mampus lah.. org tua yg tk mmpu nk buat org umno gigil lah...'tp hari2 cerita dia juga no1 (bg promo percuma)klu dia tkda kesan tk payah kot nk maki hamun dia sbb tk 'BERI KESAN' pun pd najib,umno dan bn. ..
Baiklh cari salah atau perlekeh lawan umno yg sbnr dap ke..pkr ke..pan ke..malulah blogger yg ditaja hnya cerita tntng "ORG TUA "yg dh tk mampu utk buat apa2 dah kpd umno..takpun lbh afdal klu lu org promosikn 1001 sbb knp najib MESTI disokong.. 1001 sbb rakyat/melayu MESTI jd ahli umno...1001 sbb kita jgn jd pendedak kpd mana2 ahli politik yg rasuah...barulh gentle bhai..
tntng umur dan nyawa biar Allah tentukn dan kita jgn nk ambik alih tugas utk tentukan bila kita atau dia akan dijemput oleh Nya..belum tentu lg kita mampu mnjd sprti tun dikala umurnya skrg..waima tahniah kpd penganjur ppbm dilumut semalam.. sambutan yg hebat kpd pimpinan ppbm...

 
Blogger Templates