Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, October 4, 2016

CHONG CHIEN JEN TUDUH, SHAFIE APDAL UMPANKAN KEKAYAAN UNTUK TARIK WAKIL-WAKIL RAKYAT DAN PEMIMPIN DAP SABAH!!!



Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen menyelar 'katak-katak' di Sabah yang melompat parti untuk menyertai parti yang ditubuhkan oleh Shafie Apdal. Alasan bahawa 'hanya parti tempatan yang dapat mempertahankan hak-hak tempatan' dianggap sebagai picisan dan alasan murahan. 

Sebaliknya, Chong Chien Jen yang tidak boleh berbahasa kebangsaan dan tidak tahu menghormati lagu Negaraku itu berkata, alasan sebenar mengapa mereka melompat parti mempunyai kaitan dengan KEKAYAAN SHAFIE APDAL.

Chong Chien Jen tidak berselindung apabila memberikan gambaran kekayaan yang diperolehi oleh Shafie Apdal sepanjang dia berada di dalam UMNO, terutama sekali ketika menjawat jawatan Naib Presiden telah menjadi daya tarikan kepada sebilangan ahli politik, sekaligus membuatkan mereka mengabaikan agenda sebenar dan pembaharuan politik. 

Kenyataan tersebut dibuat dalam versi Bahasa Cina, manakala versi Bahasa Inggeris jauh lebih lunak tanpa rujuan kepada Shafie mahupun katak. (RUJUK SINI)

Menurutnya lagi, 'katak-katak' tersebut hanyalah ahli politik oportunis. Dia merujuk kepada wakil rakyat Likas, Junz Wong dan Timbalan Pengerusi DAP Sabah Joan Goah Penn Nee yang keluar dari DAP untuk menyertai parti yang ditubuhkan oleh Shafie Apdal. 

Kata Chong Chien Jen lagi, parti-parti tempatan hanyalah satu lagi bentuk politik rasis yang digunakan untuk memecah belahkan rakyat bagi memudahkan pemerintahan. Menggunakan sentimen tempatan merupakan cara untuk mengalihkan para pengundi daripada isu-isu nasional, dan merasionalkan kronisme.

No comments:

 
Blogger Templates