Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, August 27, 2016

PENERIMA RASUAH DAN PENYELEWENG KUASA, DIHADAPKAN KE MAHKAMAH... YANG BAGI RASUAH, BILA PULA NAK DITANGKAP DAN DIDAKWA?



Ada semacam ketidakadilan yang sedang berlaku dalam isu membabitkan penangkapan dan pendakwaan oleh SPRM membabitkan jerung-jerung yang sedang mendapat perhatian daripada media-media arus perdana.

Namun, di sebalik pujian yang diberikan kepada SPRM menerusi tindakan mereka selepas ketiadaan Abu Kassim dan Shukri, timbul pula pertanyaan, mengapakah tindakan tangkap, dan dakwa hanya membabitkan penerima rasuah dan penyeleweng kuasa, walhal pihak yang satu lagi iaitu pemberi rasuah tidak pula dikenakan tindakan yang sama.

Adakah pemberi rasuah tidak dianggap sebagai rakan sejenayah si penerima rasuah dan penyeleweng kuasa?

Atau adakah wujud elemen-elemen paksaan dan peras ugut sekaligus menyebabkan mereka dilihat sebagai mangsa?

Atau barangkali ada undang-undang yang melindungi si pemberi rasuah sebagai pujukan agar mereka berterus-terang demi menangkap penjawat awam yang mengamalkan penerimaan rasuah dan penyelewengan kuasa?

Terlalu banyak cerita tentang DBKL dan rasuah kalau hendak diceritakan. Namun blog ini bukanlah tempat yang selayaknya untuk dijadikan medan perbicaraan.

Walau bagaimanapun, tindakan yang diambil oleh SPRM, sememangnya amat dialu-alukan dan perlu dipuji. Namun pada masa yang sama, turut menjadikan Suruhanjaya tersebut sebagai entiti terbaharu sasaran serangan ekoran penangkapan dan pendedahan, pasti akan melibatkan tok dalang-tok dalang yang bersembunyi di belakang tabir politik terutama mereka yang sememangnya ada kepentingan dalam urusan yang memerlukan 'kabel-kabel besar' dalam DBKL.


3 comments:

Anonymous said...

Mmg patut pon penerima kena hukum setimpalnya. Mcm tak da kerja lain. Ez money...

Unknown said...

Yg terima 2.6b bila nak didakwa????

Anonymous said...

Bukan tidak ada pemberi rasuah yang masuk jerat tetapi bilangannya boleh bilang dengan jari. Seperkara lagi ialah sudahlah bilangannya kecil, hanya pemberi2 kategori bilis yang keluar berita seolah olah pemberi2 rasuah kategori jerung tidak ujud.

 
Blogger Templates