Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, April 14, 2016

KELUHAN SEORANG IBU TENTANG KEMPEN RASIS DAP DI SARAWAK!!!



Bagi mereka yang baru sampai ke Sarawak, terutama dari kawasan ekstrim agama Semenanjung, sudah pasti mereka akan mati dengan mata terjegil kalau tidak pun kebuluran atau paling tidak pun, tidak mampu berganjak dari tempat dia berdiri.

Sudah pastinya juga, dalam sepuluh patah perkataan yang keluar dari mulutnya, sudah pastilah perkataan 'HARAM' jauh melebihi perkataan-perkataan lain. Bagi yang perasan mereka adalah warga Arab berbanding Ajam, sudah pasti akan tertelan-telan air liur sendiri apabila diberitahu, di dalam sebuah rumah di Sarawak, terdapat pelbagai suku kaum dan agama.

Sarawak dan Sabah merupakan contoh terbaik perpaduan antara kaum dan toleransi keagamaan. Pada ketika di Semenanjung sudah bertukar menjadi sebuah negara Arab, Sarawak dan Sabah masih kekal dengan nilai-nilai tinggi perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum dan agama yang menjadi teras di negeri-negeri tersebut.

Itulah yang membuatkan ramai ahli politik dari Semenanjung yang kantoi kerana kaedah-kaedah politik ganas di Semenanjung, tidak sesuai langsung diamalkan di Sarawak dan Sabah. Dan itulah juga yang membuatkan ramai ahli-ahli politik terutama sekali dari kalangan DAP dan PKR yang tidak dibenarkan memasuki dan menjejaki tanah Sarawak.

DAP di sebalik laungan mereka, kononnya adalah sebuah parti yang terdiri daripada pelbagai kaum dan untuk semua, hakikatnya hanya berjuang untuk masyarakat Cina. Dasar politik keras yang diamalkan oleh DAP di mana mana-mana Cina yang enggan menyokong DAP, akan dikenakan pelbagai tekanan, termasuklah ugutan dan ancaman, menyebabkan laungan mereka tentang hak kesamarataan hanyalah alasan bodoh untuk membenarkan penguasaan dan ketuanan Cina semata-mata.

Malah apabila DAP berkuasa, sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang, kaum lain langsung tidak mendapat tempat. Kalau ada pun, hanyalah seperti anjing yang dibaling tulang, sedangkan isinya dikaut oleh mereka. Selain Pulau Pinang, contoh terbaik yang dapat dilihat adalah selain Pulau Pinang adalah Selangor.

Di Sarawak, DAP menggunakan isu RASIS untuk mendapatkan sokongan. Masyarakat yang menjadi tumpuan mereka adalah DAYAK atau lebih tepat lagi IBAN. Ini adalah kerana Iban merupakan masyarakat majoriti di Sarawak selain penganut agama Kristian teramai.

Sebelum PRN-10 tahun 2011, kempen berunsurkan perkauman dan keagamaan, agak kurang dilakukan di Sarawak. Namun pada tahun 2011, ramai pemimpin-pemimpin politik dari Semenanjung yang masuk ke Sarawak dan membawa budaya songsang tersebut. Hasilnya ialah, kempen perkauman dan keagamaan yang sangat menebal sehinggakan DAP berjaya menambah sejumlah kerusi yang lebih besar dalam sejarah penyertaan mereka dalam PRN.

Semenjak itu, DAP cuba menjadikan kaum IBAN sebagai pemangkin kemenangan mereka. Elemen-elemen perpaduan dan keharmonian yang selama ini diamalkan, telah menjadi rapuh. Kebencian antara kaum telah disemai semata-mata untuk memastikan DAP mendapat sokongan.

Namun tidak semua rakyat Sarawak terutama sekali kaum IBAN bodoh sebagaimana sangkaan kaum yang memiliki dan menguasai kekayaan di Sarawak itu. Masyarakat rumah panjang itu sentiasa memerhatikan gelagat masyarakat berumah agam yang bertembok tebal walaupun kaum DAP berterusan menganggap mereka boleh terus membodoh-bodohkan masyarakat majoriti di Sarawak.

Berita tentang apa yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang dan Selangor, sampai ke Sarawak. Semakin ramai masyarakat Iban yang sedar bahawa mereka hanya dipergunakan oleh kaum DAP untuk merampas kuasa tetapi apabila kuasa sudah dipegang, mereka akan ditendang seperti sampah, bahkan akan kehilangan banyak hak terutama sekali yang membabitkan tanah.

Namun yang lebih memberi kesan adalah hubungan antara kaum yang cuba dicerai-beraikan oleh DAP yang kini mendapat perhatian daripada penduduk Sarawak sendiri.

Anda boleh baca keluhan seorang ibu seperti yang tercatat di atas.

Itulah yang sedang berlaku di Sarawak pada ketika ini. Walaupun keadaannya belum kritikal namun seandainya DAP dibenarkan terus berleluasa, keadaan yang lebih teruk akan berlaku di Bumi Kenyalang.




No comments:

 
Blogger Templates