Friday, September 30, 2016

LAWAK AIR SELANGOR DAN AIR AZMIN ALI!!!



Mengkambinghitamkan seorang kakitangan yang kononnya digantung tugas kerana bekalan air terganggu di beberapa bahagian Selangor, merupakan taktik terbaharu untuk menutup kelemahan dan kepincangan Kerajaan Pakatan Selangor. Malah pada masa yang sama, cuba melindungi tindakan meluluskan kawasan industri di hulu sungai yang membekalkan air mentah.

Konon-kononnya pada 6 September lalu, Air Selangor telah menggantung SEORANG PEKERJANYA yang disyaki dalam perbuatan khianat yang menyebabkan gangguan bekalan air sehingga menjejaskan 340,000 orang pengguna di Klang dan Petaling.

Penggantungan dibuat pada 6 September, manakala LAPORAN POLIS PULA HANYA PADA 9 SEPTEMBER!!!

Itu cerita gangguan bekalan air pada awal September... bagaimana pula dengan gangguan bekalan air serta pencemaran yang melibatkan bahan bertoksid dan berbau pada minggu lepas?

Siapa pula yang akan dikambinghitamkan?

Alasan lawak apa pula kali ini yang akan diberikan oleh pengurusan air serta Kerajaan Negeri Selangor?

Ramai yang melalak dan memarahi Azmin Ali yang dilihat sangat gagal, malah langsung buat tidak peduli dengan masalah bekalan air di Selangor. Segala retorik kononnya, bekalan air di Selangor tidak akan bermasalah apabila diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan, hanya tinggal retorik. Yang sah, terang dan nyata, RM7 bilion peruntukan Kerajaan Pusat untuk pengurusan bekalan air di Selangor, LESAP, GHAIB dan HILANG BEGITU SAHAJA!!!

Anehnya, dalam bab NASI LEMAK ANAK DARA, panjang sahaja langkah Azmin Ali menghadap anak dara yang berhadapan masalah kerana berniaga tanpa lesen atau permit. Siap bagi nasihat.

Tetapi dalam bab air yang melibatkan ratusan ribu kalau tidak pun jutaan penduduk, Azmin Ali senyap sesenyap-senyapnya.

Mana pergi yang masuk longkang, yang angkat sampah, yang cuci kain masa mula-mula menjawat jawatan Menteri Besar Selangor?

Tak teringin pula ke angkat air dari bawah ke tingkat 15 rumah pangsa PPRT dan berulang-alik tujuh lapan kali naik tangga memandangkan lif rumah pangsa PPRT selalu sangat rosak?

PEGUAM MAHATHIR CUBA PUTAR BELIT KONONNYA YANG DI-PERTUAN AGONG BOLEH LUCUT JAWATAN PERDANA MENTERI!!!



Peguam Mahathir, Hanif Khatri Abdulla tetap bertegas, Yang Di-Pertuan Agong tetap boleh memecat Perdana Menteri sekalipun lebih banyak pihak yang menegaskan, perbuatan Mahathir yang mengehadkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu semasa berkuasa dahulu menyebabkan kedudukan Perdana Menteri hanya terletak di tangan Parlimen dan perwakilan partinya sahaja.

Hanif Khatri merujuk kepada kenyataan Nazri Aziz bahawa Perdana Menteri boleh dipecat menerusi undi tidak percaya di Parlimen. Katanya, Nazri 'buta' kerana tidak dapat melihat kegagalan Parlimen mengadakan undi tidak percaya kepada Najib Abdul Razak.

Masa berkuasa dan takut jatuh kuasa, Mahathir mengurangkan kuasa Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Dikatakan itu lebih baik untuk rakyat dan rakyat pun percaya terutama menerusi pelbagai propaganda jahat termasuklah seorang raja dituduh membunuh caddy walaupun ianya sekadar satu cerita atau khabar-khabar angin yang bertujuan memperolehi sokongan rakyat bagi tujuan pemindaan perlembagaan.

Sehingga sekarang, cerita raja membunuh caddy itu terus terpakai dan dituturkan termasuklah di kalangan mereka yang berpangkat tinggi dalam kerajaan. Begitulah kuatnya kesan propaganda zaman Mahathir yang hanya disanggah dengan Harakah dan ceramah-ceramah mikro PAS dari kalangan pemimpin PAS yang telah dicop lebih awal sebagai PENYESAT UMAT dan pengancam keselamatan negara. Manakala medium-medium lain, semuanya disekat dan Kementerian Dalam Negeri berkuasa penuh menyekat mana-mana penerbitan yang dianggap memudaratkan kuasa Perdana Menteri, termasuklah menggantung permit penerbitan atau pun mendenda dengan kadar tinggi dan menghukum penjara mana-mana penerbitan yang melanggar 'peraturan' tersebut.

Tetapi selepas tidak lagi berkuasa, Mahathir mahu kuasa Yang Di-Pertuan Agong dikembalikan agar kehendaknya dituruti.

Ni apa jenis negarawan nih?

Apakah semua hujah-hujahnya dahulu sudah tidak terpakai lagi?

Kuasa Raja-raja Melayu telah dilucutkan sewenang-wenangnyacmelalui pindaan Perlembagaan 1983 (kuasa meluluskan undang-undang). Siapa yang mansuh Perkara 66 Fasal (4) dalam Perlembagaan Malaysia? 

Pada asalnya Fasal (4) digantikan oleh Akta A584, Seksyen 2, berkuat kuasa dari 20 Januari 1984. Fasal yang asal berbunyi seperti yang berikut: “Fasal (4) : Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyatakan perkenannya terhadap sesuatu Rang Undang-Undang dengan menyebabkan Rang Undang-Undang itu dicapkan dengan Mohor Besar, dan selepas memperkenankan Rang Undang-Undang itu, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyebabkan Rang Undang-Undang itu disiarkan sebagai undang-undang.” 

Fasal 66 (5) : Peruntukan asal berbunyi, “Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatanganinya.” 

Sekarang? Yang Dipertuan Agong ada kuasa mutlak lagi atau tidak?

Mengapa Hanif Khatri buat-buat buta tentang pindaan tersebut? Baru jadi peguam atau baru dapat kerakyatan Malaysia?


MAHATHIR GAM KIT SIANG, MUHYIDDIN PULA PERDAYA HADI AWANG!!!



Bagi mereka yang telah dewasa dan membesar dengan UMNO pada tahun 1980-an, pastinya mereka masih ingat lagi bagaimana Tengku Razaleigh Hamzah berjaya mewujudkan dua pasukan yang berlainan ideologi tetapi mempunyai satu matlamat iaitu menumbangkan Barisan Nasional pada pilihanraya umum tahun 1990.

Dua pasukan tersebut adalah ANGKATAN PERPADUAN UMMAH yang terdiri daripada PAS, Semangat 46, Berjasa, Hamim dan Kimma serta GAGASAN RAKYAT yang terdiri daripada DAP, Semangat 46, PBS dan PRM.

Pilihanraya 1990, PAS berjaya merampas Kelantan dari tangan UMNO bersama-sama Semangat 46, manakala PBS pula berjaya menguasai Sabah tanpa banyak masalah kerana Mahathir kalah taktik politik dengan Pairin Kitingan.

Malangnya, Tengku Razaleigh gagal menjadi Perdana Menteri. Semangat 46 yang dibina dengan kekuatan pemimpin-pemimpin kanan dan akar umbi UMNO yang menentang Mahathir, hanya kuat di Kelantan manakala di Terengganu, Pahang dan Perak pula, Semangat 46 tidak mampu membentuk kerajaan negeri.

Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat akhirnya dilupuskan. Semangat 46 juga dilupuskan dan kesemua pemimpin serta ahli-ahlinya diserap masuk ke dalam UMNO. Semuanya seronok dan beranggapan segala-galanya telah selesai.

Tetapi daripada kewujudan APU dan Gagasan Rakyat itulah, DAP memperolehi kekuatan dan merangka strategi jangka panjang setelah mengetahui kelemahan dan kepincangan yang terdapat dalam pertubuhan-pertubuhan Melayu.

Kini Dr. Mahathir cuba mengulangi apa yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Bagaimanapun, menggunakan proksinya, Muhyiddin Yassin, Dr. Mahathir sebaliknya sekadar mampu memberikan tekanan dan memaksa PAS bergabung di bawah pentadbiran Parti Cap Bunga bersama-sama DAP dengan retorik-retorik politiknya.

PAS sudah berulang-ulang kali menegaskan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan DAP lagi. PAS sudah pun berikrar bahawa mereka tidak akan diperdayakan oleh DAP buat kesekian kalinya. PAS bagaimanapun, belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tentang ANAK-ANAK MAHATHIR walaupun PAS adalah pihak yang paling banyak mendedahkan tentang kecenderungan Mahathir untuk mengkayakan anak-anaknya menerusi kontrak-kontrak lumayan kerajaan suatu ketika dahulu.

Namun, menggunakan Muhyiddin Yassin yang dikatakan telah diarah untuk dilihat bersama-sama Abdul Hadi Awang dalam satu program di Marang, menunjukkan bahawa PAS sememangnya TERLALU PENTING kepada Mahathir walaupun sepanjang kerjaya politiknya, Mahathir amat memusuhi PAS dan melakukan pelbagai usaha untuk menghapuskan PAS termasuklah penangkapan-penangkapan dalam pelbagai operasi termasuklah yang paling terkenal, PERISTIWA MEMALI.

Dengan Mahathir sendiri cuba menjadikan DAP sebagai sekutu, manakala Muhyiddin pula bertindak serupa untuk PAS, ulangan APU dan GAGASAN RAKYAT yang kebanyakan pengguna media sosial yang cuma hidup pada zaman penghujung kerjaya Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak tahu, sedang diulang semula.

Cuma kali ini dalam bentuk yang berbeza walaupun formatnya Mahathir tiru daripada Tengku Razaleigh Hamzah!

Sejarah tidak berubah walaupun ada cubaan untuk mengherotkan sejarah itu.


BILA ADUN DAP BELA PERMATA YANG DIKECAM DAN DIGELAK-GELAKKAN RAMAI MELAYU!!!



Yeo Bee Yin, wakil rakyat Damansara Utama dari DAP, membela PERMATA dengan mengatakan, pelaburan kerajaan untuk penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) memberi manfaat kepada pembayar cukai.

Menurutnya lagi, ECCE mempunyai matlamat yang sangat baik iaitu mengurangkan kos kebajikan sosial, menurunkan jenyaah, menambah hasil negara dan memperolehi pulangan tertinggi dalam pembangunan sumber manusia.

"Justeru, sebarang usaha kerajaan membangunkan ECCE, termasuklah PERMATA, tidak harus ditolak terus hanya kerana orang yang mendokongnya tidak disenangi," kata Yeo.

Bunyi macam indah, kan?

Atau barangkali juga, Yeo Bee Yin sengaja mencabar kewibawaan perintah daripada puncak kuasa dalam DAP iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng apabila memberikan kredit kepada PERMATA.

Dan apabila menyebut PERMATA, bererti mahu tidak mahu terpaksa menyebut juga Rosmah Mansor.


Memuji PERMATA serta tujuan penubuhannya yang murni membawa maksud, memuji Rosmah Mansor dan memperakui usahanya dalam membina generasi baru yang lebih stabil minda serta utuh diri.

Habis tu, mengapa pula PERMATA dikecam bertalu-talu oleh para pemuja DAP sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin dan sesetengah wakil rakyat DAP pula memuji keberkesanan PERMATA, malahan kepentingan untuk penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di negara ini?

Atau adakah kerana Yeo Bee Yin bimbang sekiranya, komposisi kaum yang tidak seimbang di kalangan kanak-kanak PERMATA akan bertukar berbanding sekarang, membuatkan dia ditolak ke hadapan oleh pucuk pimpinan DAP memberikan pujian untuk memastikan komposisi tersebut tidak berubah atau pun ditambah lagi?

Adakah Yeo Bee Yin mahu mengekalkan status quo di kalangan kanak-kanak PERMATA, membuatkan dia terpaksa dan melembutkan lidahnya memberikan pujian kepada program kerajaan itu?

Pastinya ada muslihat tertentu apabila tiba-tiba sahaja wakil rakyat DAP menjadi baik dan memuji-muji sedangkan seperti yang diketahui, tiada apa-apa yang baik pada mereka tentang negara ini, melainkan diri dan organisasi mereka sahaja!


Thursday, September 29, 2016

KALAU TUAN IBRAHIM TUAN MAN YANG DILIHAT PRO-DAP PUN, DAH BENCIKAN DAP, MAHATHIR NAK BOLEH KATA APA LAGI?



Ada sesuatu yang sedang berlaku. Sesuatu yang sudah pasti tidak akan menyenangkan banyak pihak, terutama sekali DAP dan PKR kerana ianya membabitkan PAS. Sekaligus membuktikan bahawa ketakutan PKR dan DAP Selangor untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihanraya negeri, terletak kepada PAS yang dilihat mampu membuatkan mereka kehilangan kuasa dan keistimewaan selama ini.

Apabila kenyataan datangnya daripada orang yang dilihat paling liberal dan cenderung kepada PKR-DAP iaitu Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, ia sudah cukup memberi isyarat bahawa PAS sudah bersedia untuk memasuki kancah politik negara secara serius selepas membersihkan parti tersebut daripada anasir-anasir PAN yang masih bersembunyi dan menyamar sebagai ahli PAS.

Kata Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang termasuklah 'sekutunya' PKR yang dikatakan sebagai mengambil kesempatan ke atas PAS. 

Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak menamakan individu atau parti yang dimaksudkan berkata, lebih baik PAS berkawan dengan pihak yang dapat menerima ideologi dan agenda mereka. 

"Lebih baik bagi PAS untuk bekerjasama dengan mereka yang ikhlas berbanding mempunyai hubungan dengan pihak yang hanya mengambil kesempatan ke atas kami," katanya. 

Timbalan Presiden PAS itu mengenangkan kembali perbuatan parti-parti sekutunya.. 

"Calon parti tersebut berbaris, tetapi jentera dan pekerja parti langsung tidak kelihatan. Lebih teruk, parti inilah yang telah menghumban poster-poster calon dan bendera-bendera parti kepada kami dan kemudian menyuruh kami menyelesaikannya. Kami tidak kisah sekiranya parti tersebut baru berusia setahun atau dua tahun, tetapi parti ini sudah tertubuh lama tetapi hanya muncul pada musim pilihanraya," katanya.

PAS sebelum ini diejek-ejek kerana menjadi 'barua' UMNO, malahan PAS juga dituduh telah 'didedakkan' sebanyak RM90 juta oleh para pemimpin dan penyokong DAP. 'Dedak' yang kononnya disuap oleh Najib kepada Hadi Awang itu, asalnya dipopularkan oleh Tun Dr. Mahathir yang cuba memberi tekanan agar PAS akur kepada pakatan barunya.

Lebih menarik lagi ialah apabila PAS 'dipaksa' untuk menyerahkan sebahagian kerusi yang ditandinginya kepada Cap Bunga yang dipengerusikan oleh Mahathir dan dipresidenkan oleh Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Tantawi menolak paksaan Cap Bunga agar PAS bergabung di bawah satu bendera dengan parti-parti pembangkang lain bagi tujuan menumbangkan UMNO-BN pada PRU akan datang. Ini adalah kerana PAS enggan bekerjasama atau menjalinkan hubungan dengan DAP lagi.

Menurutnya, walaupun PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-manaa kumpulan yang mahu membawa perubahan kepada negara ini, bekerjasama dengan DAP merupakan satu kesilapan besar yang tidak seharusnya diulangi. (RUJUK SINI)

Nasruddin turut menegaskan, PAS tidak akan sesekali menyerahkan kerusi-kerusi tradisinya kepada mana-mana parti pembangkang lagi walaupun parti-parti tersebut mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi berkenaan. 

"PAS akan bertanding di 'kerusi PAS' Jikalau mana-mana pihak yang turut bertanding di kerusi yang sama, kami tidak akan berundur sama sekali."

.
top